apple muslim holiday

Wednesday, January 9, 2013

APPLE AUTUMN STYLE

Oppa Gannam Style - siapa yang tidak kenal dengan Psy penyanyi Korea Selatan yang kini namanya menjulang naik. Kumandang lagunya menakluk hampir seluruh pelosok benua. Tuah beliau dengan rentak yang agak laju menjadi dambaan anak-anak muda sekarang.

Tengan musim luruh. Apple Autumn Style yang saya pernah katakan kepada semua peserta lawatan kali ini menjadi sesuatu yang amat hebat. Musim luruh ynag agak sempurna tahun ini menjadikan kumpulan lawatan Apple Muslim sangat bererti untuk semua.

 Seperti biasa - Selepas melawat Seoul Folk Museum kita semua dibawa ke dalam istana besar menghadap Jalan King Sejong - Gyongbukgung Palace
 Paling tidak dapat dilupakan, Lawatan kali ini dibawa oleh seorang pemandu pelancong yang pertama kali bersama saya namun sungguh hebat perhidmatanya. Pengetahuan beliau dalam sejarah sungguh hebat.
 Sepanjang jalan sekitar Seoul dipenuhi dengan pepohonan gingko yang makin bertukar warna dari hijau ke kuningan. Golden Season - inilah yang selalunya digambarkan oleh Applenian keapada pelanggan kami

 Hari yang sama kami ke Jeju dan kali ini musim luruh agak menarik dengan cuaca yang agak aneh disini. Saya seakan berada di musim salji - tambahan pula Seopjikoji kali ini sungguh ganas dengan suhu serendah minus 6.
 Pun begitu sinaran mentari adalah penyelamat - bagi saya yang memang gemarkan cuaca panas. Suhu begini dengan tiupan bayu lautan Jepun sememangnya amat nyaman.

Kelihatan juga penduduk sekitar menjemur hasil laut sepanjang Seopjikoji yang penuh dengan para pelancong.

Rata-rata dikalangan kami terpaku melihat sotong dijemur serta rumpai laut  (sea weed) yang menjadi bahan utama dalam masakan penduduk sekitar pengairan ini.

Akhirnya juadah istimewa sekitar Jeju berasas kan 2 makanan laut ini menjadi hidangan kami di beberapa restoren tampatan yang menyediakan makanan laut sahaja.

Peminat makanan laut harus kemari untuk menikmati rasa makanan lautnya yang sungguh segar serta berbeza dari tempat kita. Kepada mereka yang tidak boleh menagmbil makana laut pula anda tidak perlu gusar kerana Apple Muslim Holiday ada pilihan lain untuk anda.

 Limau Jeju yang dikatakan amat terkemuka. Rasanya ? - anda perlu datang sendiri ke sini untuk nikmati nya bersama. namun begitu bukan untuk setiap musim. Anda perlu melihat waktunya.
 Cabaran untuk peserta lawatan kali ini Siapa antara mereka yang berani sampai ke puncak Seongsang Ilhubong ini.

 Menakjubkan  ramai juga ahli lawatan kali ini yang sampai kepuncak paling tinggi di bahagian barat laut pulau Jeju ini. Inilah semangat yang saya inginkan. Anda bukan setiap hari kesini jadi kenapa tidak mengambil peluang ini untuk nikmati ciptaan Allah yang sungguh luar biasa
 Sambil melancong Apple Muslim Holiday selalu nya akan cuba untuk berkongsi keceriaan dengan anda terutama untuk menghargai alam semulajadi kurniaan Ilahi. Jika bukan kita yang mulakan bagaimana generasi seterusnya boleh meneruskan nya. Saya rasa anda semua setuju bukan.

 Bukan museum teddy bear yang biasa namun merupakan antara himpunan ekslusif dari pencipta nya. Inilah yang bakal anda lihat di Teseum Jeju island.
 Antara tarikkan di Teseum ini - besar kan
 Berbentuk selibriti pun ada. Banyak yang bakal anda saksikan bila kemari.
 Bakal yang dibawa pulang. Harganya tidak terlalu mahal bagi mereka yang menjadikan ianya sebagai koleksi peribadi yang agak unik

 Musim luruh sememangnya indah di Korea- Pernah anda dengar akan "Autumn in My heart" - cereka indah berkaitan musim luruh di Korea ini agak terkenal suatu ketika dahulu
 Semua dikalangan kami berseronok di Everland Theme Park walaupun hujan agak renyai namun peluang untuk menikmati keindahan musim luruh sekitar Taman tema ini tidak harus dilepaskan

 Anda bayangkan semua pohon bertukar warna dari hijau ke kuningan serta tidak kurang juga yang berwarna oren kemerahan. Seakan suasana disini sungguh romantik serta comel.


 Alhamdulillah. Kali ini saya berpeluang melihat musim luruh di Korea yang boleh dikatakan agak sempurna. Bukan kerana warna pohon di sini semuanya bertukar warna namun dengan pengalaman bersama peserta lawatan yang sungguh menyeronokkan serta sangat sporting.

 Walaupun kami terpaksa mengejar masa akan keadaan jadual lawatan yang telah dipinda beberapa kali oleh  pemandu pelancong saya yang baru ini, namun masing-masing tidak pernah bermasam muka malah tidak ada satu rungutan atau aduan diajukan. Masing masing faham akan tindak tanduk pemandu pelancong kami yang inginkan keselesaan kepada ahli lawatan kali ini.

 Hujan tetap hujan namun aktiviti kami masih berjalan seperti biasa. Paling hebat anda sebagai pelanggan Apple Muslim sungguh sporting.

 2 musim dalam satu pakej - bukan kah begitu?. Jika di Seoul serta sekitarnya anda mendapat Musim Luruh - tiba sahaja di Pyongchang anda semua mengalami musim sejuk pula.
Ski resort yang menjadi tumpuan dunia serta telah dinobat kan sebagai pusat utama sukan Olimpik musim sejuk tahun 2018 yang bakal menjelang nanti
 Seterusnya kita ke Wind Village untuk membuat sendiri Cheese. Kita lihat kumpulan mana yang buat cheese dengan sedap.

 Nami Island - asalnya Winter Sonata adalah disini. Namun kali ini pengalamannya agak berbeza - Autumn


 Hampir seluruh Seoul yang ditanam pokok Gingko berwajah baru- Semuanya kekuningan serta sungguh cantik

 Semua peserta lawatan kali ini seronok sehinggakan tidak menghiraukan celoteh pemandu pelancong yang sibuk memberi penerangan di depan bas. Mana tidaknya suasana indah sepanjang perjalanan di sekitar Seoul dipenuhi dengan warna warna Autumn yang sangat luar biasa


 Akan disiplin yang baik dikalangan peserta kali ini Pemandu Pelancong Mr Jed Kim dan saya sendiri bersetuju menambah aktiviti dalam jadual lawatan kali ini
 Lawatan tambahan tanpa bayaran -  ke Cheongaecheon Stream - yang membawa erti besar kepada rakyat Korea yang kini lebih menyedari akan kebersihan alam serta keperluan pengairan di Selatan Korea.
 Dibawa berjalan kaki serta bergambar disekitarnya - 100 Pound - sebuah cereka Korea yang mempopularkan kawasan ini. Bagi anda yang ingin melamar serta mengamit kenangan indah untuk yang berdua - inilah tempatnya.
 Tidak cukup dengan itu kami membawa peserta kali ini ke King Sejong Road -jika anda pernah lihat klip video S.E.O.U.L yang dinyanyikan oleh Girls Generation dan Super Junior - inilah tempat nya.

 Di hujung Jalan King Sejong - apa lagi kalau bukan Gyongbukgung Palace. Masih berkesempatan berposing.

 Ada yang ingin merakam kan kenangan dengan pahlawan purba - iniah masanya. Sebelum pertukaran guard berlangsung anda sudah pasti sempat untuk bersama mereka. Boleh bergambar tapi anda dilarang menyentuh atau memeluk mereka.
 Indah kan musim luruh di Korea. Kenangan ini sudah
 pasti menjadi antara yang terhebat di penghujung 2013 dan peserta lawatan kali ini memberikan percutian yang sangat bermakna untuk semua. Saya katakan demikian kerana anda semua bukan sahaja dari pelbagai peringkat umur namun latar belakang yang bukan calang calang. Walaupun demikian masih memberikan senyuman serta kerjasama yang sungguh baik kepada kami warga kerja Apple Muslim Holiday di Korea serta dari Kuala Lumpur. Terima kasih saya ucapkan dan sungguh teringin untuk bersama kalian ke destinasi yang akan datang sekali lagi.