apple muslim holiday

Wednesday, September 28, 2011

KOREA AWAL MUSIM LURUH 2011 YANG PALING INDAH

Setiap tahun Apple Muslim Holiday akan meneliti setiap pelanggan yang mengikuti lawatan ke Korea dengan penuh perhatian . Kali ini lawatan pada tanggal 21 September 2011 merupakan lawatan paling meriah serta terbaik bagi Korea awal musim luruh 2011.





Mana tidaknya semua peserta lawatan kali ini sangat bekerjasama serta sungguh seronok menikmati lawatan sepanjang besama kami kali ini.





Bergambar kenangan sekitar masjid yang satu satu nya menrupakan mercutanda berkembangnya syiar Islam di Korea.



Terbinanya Masjid ini kawasan sekitar Itaewon berkembang menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dan tahukah anda siapa yang bertanggungjawab menyarankan Masjid Iatewon ini dibina diatas puncak bukit Itaewon - ikut kami ke lawatan ke seterusnya dan anda pasti bangga dengan jawapan yang bakal anda dengar hanya dari tour leader Apple Muslim Holiday




Umur bukan menjadi masalah jika anda bersama kami. Inilah ynag seronoknya lawatan kali ini dimana semua peserta kami sungguh seronok semasa berada di taman tema Everland ( Everland Theme Park )





Detik ngeri semasa mencuba salah satu permainan di taman tema ini.




Pesta awal muslim luruh yang sangat mempersonakan. Cuaca bagi lawatan kami kali ini agak istimewa.


Bergambar kenangan dengan ikon katun terkemuka Everland



Pesta muslim luruh dengan persembahan parade yang sungguh menarik









Perarakkan yang amat cantik dengan ikon Everland serta tema haloween yang bakal diamsbut bulan Oktober nanti.





Pemandangan indah sekitar taman 4 musim ( 4 season garden ) yang semamngnya menjadi tarikkan istimewa jika kita ke taman libur terbesar Korea selatan ini.





Pelbagai jenis bunga dari keluarga Daisy, Dahlia serta Kekwha ditanam sekitar taman ini. Tanaman multikultur ini menjadi tarikan istimewa kerana bentuk yang dipamirkan agak luarbiasa serta sungguh cantik.








Berpakaian Hanbook - tradisi masyarakat disini yang rata rata masih mengekalkan budaya mereka namun ianya dikomersilkan untuk tatapan pelancong








lawatan ke istana besar Gyongbukgung menjadi salah satu daripada agenda dalam lawatan ke Korea kali ini.







Lawatan kami lebih berinformasi serta menyeronokkan dengan bantuan pemandu pelancong kami Ms Jennifer yang sangat peramah. Penerangan terperinci dari beliau menjadikan pakej bersama Apple Muslim Holiday bukan hanya lawatan kosong semata malah penuh informasi serta menyeronokkan.




Pulau Nami juga antara pusat lawatan yang tidak harus dilupakan.



Bergambar kenangan sekitar pelabuhan Pulau Naminara





Ahli lawatan kali ini semuanya sungguh menyeronokkan. Kami semua sentiasa beraktiviti bersama seperti sebuah lawatan keluarga




Paling penting makanan Muslim di halal restaurant serta makanan tradisi Korea yang disediakan khas untuk pelanggan Muslim kami menjadi satu dari agennda penting Apple Muslim Holiday. Inilah jaminan kami untuk pelanggan Muslim semua.




Kimchi - makanan utama rakyat Korea menjadi satu lagi aktiviti menarik untuk di lakukan bersama-sama.




Hingga beberapa hari di Korea baru lah ada dikalangan peserta kami yang boleh menerima Kinchi sebagai makanan lazat. Saya sendiri sangat mengemarinya dan tahukan anda Kinchi juga merupakan diet paling baik untuk diamal kan.





Bergambar kenangan bersama pemandu kami - senang dipanggil Oppa (abang) dikalangan peserta lawatan. beliau sendiri sangat seronok dengan peserta lawatan kali ini.

Gandingan kali ke berapa kali pun saya sendiri tidak mengiranya - namun khidmat Ms Jeniffer yang senang dipanggil Jamilah sebagai pemandu pelancong Apple Muslim Holiday kali ini sememangnya cemerlang.



Akhirnya disini - seperti lagu nyayian pemandu pelancong kami Ms Jenifer ( sama-sama oleh Freedom ) Namun Apple Muslim berharap untuk membawa anda semua ke destinasi lain yang lebih menarik di masa akan datang .




lawatan kami kali ini sememangnya sungguh menyeronoknya. Peserta lawatan kali ini juga antra peserta terbaik pernah kami bawa ke Korea sepanjang Autumn 2011.