apple muslim holiday

Tuesday, July 20, 2010

SHANGHAI EXPO 2010

Better City Better Life


Shanghai - sebuah pusat ibukota terbesar yang agak modern menjadi tuan rumah bagi expo taraf dunia tahun 2010 kali ini. Dengan keluasan China yang agak luarbiasa Shanghai amat tepat untuk menjadi tuan rumah bagi expo yang berlangsung selama 6 bulan bermula May 2010.


Penduduknya yang sungguh ramai menjadi pengunjung terbaik sepanjang expo berlangung. Rata rata dikalangan mereka adalah datang dari segenap pelosok negara China.


Inilah yang menjadi kebanggaan rakyat nya yang terlalu ramai. Majoriti pengunjung nya adalah dikalangan mereka sahaja. Malah ada diantara peserta expo amat menghargai pengunjungnya yang bukan dari kalangan penduduk asal China.

Hari pertama kami tiba di Shanghai - semua peserta expo kali ini dibawa untuk solat di masjid modern.


Chenghuangmiou - gabunagn rekebentuk lama yang amat luar biasa - puasat beli-belah dalam bangunan lama serta terkenal dengan sejarahnya.

Tibalah masa untuk mengikuti perjalanan mengcabar mengharungi lautan manusia teramai pernah dilihat.

Tema World Expo kali ini - Better City Better Life - apa yang dapat anda sebagai pengunjung faham akan tema ini. Nak tahu dengan lebih baik - ikut kami ke expo Shanghai.

Antara Pavilion Pavilion yang terdapat di sini. Semua binaan luar jangkauan manusia - modern kotempory bersama dimensi baru yang agak sukar difikir manusia.

Shanghai sesuai sebagai pusat Expo kerana ianya sendiri merupakan bandaraya expo terkemuka dunia . Lampu neon sepanjang jalan yang bercahaya menjadikan Shangai sebuah bandaraya bergaya ala modern terkemuka.



Para peserta membaca peta dengan teliti






Pavilion yang terdapat di kawasan C dan D







Main Pavilion - Urban Pavilion - memaparkan kehidupan modern seluruh dunia. Anda berpeluang melihat cara hidup pelbagai lapisan masyarakat dunia dan berfikir untuk mengecapi kehidupan lebih baik - adakah tempat kita sesuai didiami dan bagaimana kualiti kehidupan kita seharian - menjadi tanda tanya jika anda kesini.


China Pavilion - Antara binaan luar biasa mengabungkan unsur mistik serta modern. Antara " Bumi dan Syurga " tema bangunan yang sungguh mengkagumkan.



Kami mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam untuk sampai ke Syurga - puncak bangunan utamanya - luar biasa dan amat istimewa. landskap yang sungguh menarik - gabungan air, cahaya, dan bahan modul menjadikanya sungguh berbeza.