apple muslim holiday

Monday, June 14, 2010

EXPLORASI TAIWAN - KEINDAHAN MU LUARBIASA

Pulang saja dari Korea saya mendapat tugasan baru ke Taiwan - 6 hari Go around Taiwan tour. Negara indah yang saya nanti-nantikan. Jadual lawatan ( Itinerary ) kali ini agak luar biasa kerana ianya meliputi hampir seluruh Pulau Taiwan yang kaya dengan alam semulajadi.
Kami bertolak ke Taipei Taoyuan Airport dengan Eva air - servis yang cukup baik serta ramah. Private screne yang terdapat di tempat duduk masing masing agak sempurna bagi mereka yang inginkan hiburan berpanjangan.
Tiba agak lewat - kami disambut dan dihantar terus ke Hotel 5 bintang untuk penginapan.

Tour Guide kami Mr Vincent menawarkan lawatan tambahan tanpa bayaran ke Shilin Market - ramai juga yang ikut untuk explore keindahan malam di Taipei.



Menaiki Taipei 101- elavatornya antara terlaju didunia - hanya beberapa saat anda sudah berada di puncak bangunan ini. Binaan futuristik menakjubkan serta antara tertinggi di dunia.

Cuba mendapatkan snap terbaik dengan puncak 101 Taipei.

Melawat rumah rasmi Chian Kai Sheik - Bekas pemerintah Taiwan - Taman bunganya agak besar serta mempunyai konsep tersendiri. Antara pemandangan indah sekitarnya Menaiki tram laju ke Hualian dari Taipei - pengalaman menarik - kami sempat melihat keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan ke Hualian. Melawat Culture Village untuk tarian tradisi Puak Ami kaum pribumi di Taiwan.

Menari mengikut tarian puak Ami - Peribumi barat daya Taiwan.

Hualian yang indah - bandar pelabuhan kecil namun nyaman. Taroko George - tarikkan utama Hualian - Merupakan World Heritage dan setanding Great Wall di China. Bentuk topografik nya sungguh luar biasa. inilah yang dikatakan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Anda pasti kagum melihat kejadian Nya disini.
Kami menyusuri jalan yang agak nipis untuk melihat pemandagan luar biasa ini. Berbaloi walaupun ada dikalangan kami yang berasa seram melihat cerun yang sungguh curam.
Makan malam yang sangat menarik di hotel taraf 5 bintang. Seafoodnya benar-benar segar serta bermutu - bandar Taitung berhampiran laut menjadikan ianya terkenal dengan hasilan laut. Makanan halal tidak menjadi masalah dihotel ini kerana tukang masak serta dapurnya yang disediakan khas oleh pihak hotel atas kerjasama Taiwan Visitor Association.

Hotel Formosa Naluwan merupakan sebuah penginapan yang amat unik. Anda berpeluang menikmati spa nya yang sungguh hebat- disediakan berasingan bagi lelaki dan wanita. Persembahan kebudayaan puak Atayal disini juga menjadi sajian kami selepas makan malam. Siaou Yehliu - merupakan sebuah lagi Nature Preserved yang dianggap agak luar biasa kerana bentuk batuan tepi pantainya yang pelik. Terjadi dari lavar dan magma serta hakisan ombak dan angin sejak beratus ratus tahun. Pemandangan menarik sekitar Siaou Yehlieu dangan bentuk batuan nya yang luar biasa.
Tiba di Kaoshiung - Kami sempat untuk bersolat Jumaat di Masjid besarnya.

Lotus Lake - antara tempat lawatan yang mempamirkan rekabentuk bangunan tradisional Taiwan. Disini juga anda berpeluang membeli cenderahati keluaran tempatan.
Kediaman lama Consulat Ingeris yang terletak dipuncak bukit menghadap lautan - mengamit perasaan. bentuk nya amat sama dengan Kellys Castle di Perak. Amat Menakjubkan pemandangan indah menghadap lautan terbentang - sungguh memukau.



Bandaraya Kaoshiung dengan bangunan tertinggi disini - ke 2 tertinggi di Taiwan selepas Taipei 101. Bandar Pelabuhan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti perdagangan. Peserta lawatan bertuah kali ini - Cikgu Norehan - menyambut hari lahirnya di sebuah restoren Indonesian food Kaoshiung - hadiah kek dari kami. Selamat Hari jadi Cikgu.


Leofoo theme park - merupakan satu lagi taman tema bertenaga untuk lawatan kami ke Taiwan kali ini. Walaupun agak lembab kerana hujan namun semua peserta lawatan masih bertenaga untuk mencuba permainan disini. Makan tengahari kami di restoren Aladdin - mendapat pujian kerana makananya halal serta agak standard. Tempat solat juga tersedia memudahkan ahli lawatan bersolat. Paling menarik tempat mengambil air sembahyangnya dilengkapi serta memudahkan kami.



Menaiki tram hantu - pengembaraan Aladin ke gua berhantu - kami mencubanya - rasa tidak puas kerana terlalu sekejap disini.



Pulang ke Taipei - singgah di Chiang Kai Sheik memorial hall - tugu peringatan terbesar untuk bekas pemerintah - kami bergambar kenangan disini. Inilah antara mercu tanda Taiwan selain Taipei 101.



Hari terakhir di Taiwan - kami ke lapangan terbang jam 0630 - agak awal namun peserta kali ini sungguh menepati masa. Tidak menjadi masalah bagi saya untuk mengumpul kan semua mereka kerana masing-masing dikalangan guru serta cendekiawan belaka. Mudah kerja saya untuk melancong bersama mereka.



sementara menunggu ke gate - sempat untuk bersarapan



Penerbangan pulang yang menyeronokkan - ada yang tertidur - terlalu penat merentas Pulau Taiwan selama 6 hari bersama Apple Muslim Holiday - rata-rata merasakan jadual kali ini agak ketat namun berbaloi. Terima kasih semua - anda cukup memberikan kerjasama dengan baik. Bersama pemandu pelancong kami yang agak memahami - Mr Vincent - Agar kita semua akan jumpa lagi - mungkin ke Turkey November nanti - ok



Naluwan Taiwan - Agar bertemu lagi dilain musim. Kita jumpa lagi di Shanghai Expo lagi nanti.