apple muslim holiday

Sunday, August 16, 2009


Menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini (Malaysia) untuk melancong menggunakan saluran yang tepat serta menyakinkan terutama ke luar negara. Oleh itu Apple Muslim Holiday diharapkan dapat membantu mana-mana orang perseorangan, organisasi, badan-badan tertentu untuk menggunakan perkhidmatan kami yang telah lebih setahun beroperasi.

Agak baru, namun menitikberatkan perkhidmatan cemerlang, serta kepuasan para pelangganya Apple Muslim Holiday mempunyai banyak pilihan terutama bagi pelanggan beragama Islam untuk melancong ke negara-negara "chopstiks" seperti China, Indo China, Taiwan, Korea serta Jepun. Ini kerana makanan merupakan persoalan yang sentiasa menjadi perkara utama bagi setiap pelancong Muslim ke luar negara terutama ke negara-negara yang dimaksudkan.



Dengan kami, segala kemudahan seperti jadual waktu sembahyang, pemberitahuan masa solat, arah kiblat di hotel yang kami sediakan, lawatan ke masjid, serta aktiviti untuk bergaul mesra bagi mengenali rakyat asing beragama Islam menjadi keutamaan dalam jadual lawatan kami. Disamping penyediaan makanan yang benar-benar tidak diragui sumbernya, anda berpeluang merasai pelbagai juadah serta masakan dari citarasa antarabangsa hinggalah makanan tradisi masyarakat setempat mengikut kebudayaan masing-masing yang dihidangkan secara halal.

Kami juga mempunyai Pemandu Pelancong profesional (Tour Guide) kami sendiri, yang benar-benar dapat memahami serta serasi dengan citarasa pelangan beragama Islam di Malaysia. Disamping seorang Ketua Lawatan berpengalaman yang akan bersama-sama menemani ketika lawatan, anda tidak perlu gusar kerana kebanyakkan Pemandu Pelancong kami semuanya berlesen serta mempunyai kepakaran nya tersendiri.


Beberapa siri lawatan setiap bulan dapat dipilih oleh pelanggan yang ingin bercuti bersama kami. Paling penting lawatan kami bukanya sekadar lawatan biasa yang dapat diperolehi oleh mana-mana agensi lain. Selain menitikberatkan tempat lawatan yang akan dituju, anda semestinya akan lebih teruja dengan pelan lawatan terperinci serta rencana nya yang secara menyeluruh. Ini kerana Apple Muslim Holiday memahami setiap pelanggan yang mengikuti pakej berkehendakkan kepuasan serta kenikmatan yang sempurna mungkin untuk setiap tempat lawatan bagi dikenang dan diceritakan kembali kepada yang mereka yang menanti dirumah.

Pakej-pakej kami yang berskala besar serta bertema seperti ke negara Scandinavia, Eropah, Perancis, Mesir, India, Amerika Selatan dan banyak lagi akan menjanjikan pengalaman yang sudah pastinya tidak dapat dilupakan pelanggan. Setiap pelanggan kami akan sentiasa dihargai dan oleh kerana itu juga kami kini semakin digemari bukan sahaja oleh pelanggan yang sentiasa bersama kami malah juga kepada mereka yang baru untuk merasai pengalaman indah untuk diterokai bersama.


Harga pakej semestinya berbaloi dengan apa yang ditawarkan dan lawatan bersama Apple bukan hanya sekadar untuk sampai ke sebuah destinasinya semata namun menikmati perjalanan serta mengharunginya sudah pasti menjadi sesuatu yang lebih berharga.

Mid Night Sun - pemandangan luar biasa Scandinavia