apple muslim holiday

Friday, May 13, 2011

MILANO - PUSAT FESYEN DUNIA

Walaupun Milan terkenal dengan pusat fesyen dunia, namun bukan ini sahaja yang menjadikan Milan sebagai tempat lawatan penting serata Eropah. Sejarah peradapan terawal juga dapat dilihat disini.


Bergambar kenangan di AC Milan Stadium - Kebanggan Milan.



Sforza Castle atau juga dikenali sebagai Piazza de Castello. Castle palace yang agak menakjubkan binaannya. Ramai pengunjung datang kesini kerana senibina Moorishnya serta menara Jam besarnya.


Bergambar kenangan di sekitar istana lama ini.




Seterusnya inilah tujuan kami ke Milan - The Galleria Victoria Emenuelle I. Gedung berbumbung kaca paling mewah sekitar Milan.







Pebagai barangan mewah boleh didapati sekitar sini. Restoren nya juga menawarkan makanan yang agak mewah. Ada juga restoren yang menawarkanmakanan halal oleh kerana Tukang masaknya berasal dari Timur tengah serta masakan Arab.






Kami berhenti di AC Milan Store - bergambar bersama tanda tangan ahli bola sepak mereka yang terkenal. Anda meminati AC Milan - Ikut kami nanti.





Beg LV yang menjadi kegilaan ramai. Sesuai dengan jenamanya.




Kompleks gereja berhampiran gedung beli belah.




Pemandangan sekitar Duomo Square. Tugu Neopolian Bonaparte tesergam indah menghiasi dataran ini.





Inilah Duomo atau Gereja Besar Milan - merupakan Gereja Gothic terbesar di dunia.
















Senibinanya memaparkan ciri Gothic lama yang mana memakan masa terlalu lama untuk disiapkan. bangunan sejarah ini juga menampatkan bebrapa relick agama Kristian paling lama didunia.




Pemandangan dari dalam Gereja Duomo. Bentuk siling tinggi binaan asal Roman menjadi asas penting kebanyakkan bangunan sekitar Milan. Ianya dibina sejak 1330 lagi namun berjaya disiapkan dalam masa yang terlalu lama oleh kerana kekurangan dana bagi pembinaanya.



Tanda lampu merah yang menunjukkan paku tangan yang dipercayai digunakan tentera Rom bagi memaku tangan Jesus ditempatkan di rabung utama bangunan ini. Inilah Relick paling penting dalam sejarah Kristian menjadi khazanah paling lama disimpan disini.





Lantai Mamar ber bunga - satu lagi hasilan menarik arkitek Milan ketika itu. Corak geometri nya seakan akan yang terdapat pada masjid lama Cordoba di Spain ( Sepanyol ) serta Istanbul.


Sememangnya Milan mempunyai banyak bangunan bersejarah. namun seharian disini sebenarnya tidak cukup tambahan untuk diterokai sendirian.


Hasil seharian di Kota Milan - apa lagi kalau bukan barangan jenama mewah seperti Gucci, Salvatore, LV dan sebagainya dibawa pulang sebagai tanda kenangan bersama di Italy.



Lapangan terbang Milan - agak kecil namun menjadi kepentingan di eropah kerana sentiasa sibuk.


Inilah pemandu ( Driver ) kami yang sungguh baik hati - Mr Walter berdarah Poland - sangat tekun serta seorang pemandu berhemah. Apple Muslim Holiday amat bertuah kerana beliau menjadi pemandu kami kali ini.