
Castle Sant Angelo - Kota yang dibina bagi memperingati pembesar bandar Rom yang membangunkan pusat bandar utamanya - berhampiran Vatican - menjadi pintu masuk kami serta bangunan pertama dilihat setibanya di Rome.
Rome bandar tertua didunia menjadi pusat peradaban manusia terawal menjadi destinasi lawatan kami kali ini. Sememangnya Agama Kristian asal dari Timur Tengah namun perkembangan nya di Rome menjadikan ianya pusat agama itu

Jambatan menuju ke Vatican City - Pusat agama Kristian tebesar di Rome serta Eropah am nya. Setiap ukiran mempunyai maksud tertentu dan terbina sejak berkurun merentasi sungai

Dari Kejauhan - Blue Dorm atau kubah biru St Peter Basilica kelihatan. Rumah ibadat ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan keagamaan malah menjadi tarikan pelancong. Kami tidak sempat masuk ke dalam Gereja besar ini memandangkan esok adalah hari sambutan Easter.

Pemandangan didalam St Peter Square - Ramai pelancong seluruh dunia kemari untuk melihat pusat agama ini.

Gate Alexander 7 - pemerintah yang bertanggungjawab menyiapkan pintu pagar mengelilingi Vactican City. Nama beliau di ukir bagi memperingati jasanya.

Altar utama luar St Peter masih tidak dibuka bagi tujuan persediaan hari Easter esok. Ramai datang untuk melihat Vatican City ini sebelun menjelang esok - dikuatiri terlalu ramai pengungjung pada hari tersebut.

Pemandu pelancong kami memberikan penerangan terperinci mengenai Vatican City ini. Bukan hanya sebagai pusat Agama namun sejarahnya agak menarik - ingin tahu - ikut kami kesiri lawatan ke Itali nanti.

Bentuk bangunan nya mempunyai maksud tertentu - dikelilingi oleh pagar bertiang tinggi berbentuk separa lekukkan. Di setiap puncak tiang dihiasi dengan patung semua raja serta ikonik sejarah sejak zaman Greek hingga Roman lama.

Pusat bandar Rome yang masih kelihatan agak lama serta mengekalkan ciri klassik. Sungguh istimewa serta romantik untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja.


Kehijauan taman masih dikekalkan bagi mengimbangi ekologi alam sekitar. Rome masih hijau dan kombinasi bangunan putik dari mamar dan kehijauan alam sungguh mempersonakan.

Antara binaan sekitar Rome yang mengkagumkan.
White House di bandar Rome - Binaan dari mamar serta teliti ukiranya. Tesergam indah dan menjadi pusat pelancongan serantau.
<< Home