apple muslim holiday

Friday, May 6, 2011

FIRENZE / FLORENCE - BUMI BERTUAH

Disinilah lahirnya Leonardo Da Vincci, Michealngelo dan ramai lagi ahli falsafah zaman Rennaisance - Falsafah mereka menjadi ikutan serata dunia. Lukisan beharga berjuta juta, dan merupakan artist yang sangat disegani dizaman itu. Firenze atau Florence di daerah Tuscany Italy menjadi lawatan kami seterusnya. Bumi subur dengan hasil tanaman serta sejarahnya yang panjang menjadi tujuan utama semua pelawat seluruh dunia kesini.



Bermula dengan St Mark Square Florence - kami menunggu city guide kami Mr Marco






Peserta lawatan kali ini sungguh meminati sejarah Italy. Mana tidaknya Pemandu pelancong kami merupakan seorang yang pandai mengolah cerita serta sejarah Florence yang terlalu panjang dan sukar di ingat.



Menyusuri lorong sekitar pusat bandar Florence. Banyak bangunan lamanya masih kekal dalam bentuk asal.



Inilah satu-satunya Gereja oleh pihak Perancis Basillica De Santa Croce - Merupakan Gereja Perancis terbesar di Italy. Kenapa ianya terkenal : Kesemua ahli falsafah utama Italy dikuburkan disini. Antaranya Kubur Michelangelo yang terkenal dan juga Dante.

Inilah rupa disebelah dalam Santa Croce - kami tidak dapat masuk untuk melihat makam Michelangelo kerana masih awal pagi.







Lorong condong yang merupakan kawasan perumahan asal sejak zaman dahulu - Didepan sekali adalah rumah asal kelahiran artis terkenal Leonardo Da Vinci.

Bersama pemandu pelancong kami Mr Marco - pengetahuan yang diceritakan mengenai tempat asal beliau ini sungguh mengkagumkan.



Rupa bentuk biasa sekitar Florence - Sungguh damai serta indah. Rumah serta bangunan asal sekitar Sungai Arno sungguh cantik bagaikan lukisan.


Kebanyakkan Bangunan sekitar ini merupakan rumah penduduk asal serta rumah kedai. Antara yang menarik kebanyakkan kedai sekitar sini dihuni oleh pemotong daging atau Butcher.



Inilah Plazza Open Air Sculpture Museum ( Piazza Della Signoria ) - memaparkan beberapa buah signature hasil luar biasa pengukir seluruh Florentine. Paling menarik sejarah Timur Tengah serta Byzantium dapat dilihat berkait rapat antara satu sama lain disini.


Satu-satunya patung gangsa di Open Gellaria ini - Persus membunuh Medusa - Mitos Greek yang terkenal menjadi ilham artisnya.


Ukiran David oleh Michelangelo yang mengagumi beliau walaupun tidak pernah bertemu. Ukiran asalnya diletakkan di Galleria Dell Accademia berhampiran sini. Jika dilihat ukiran patung ini amat luarbiasa - diukir dari satu batu mamar putih, paling menarik perician dalam ukiran hinggakan urat di lengan David kelihatan hidup. Betapa taksubnya beliau terhadap David. Daud


Antara arca tertua di ilhamkan oleh beberapa artis terkenal sejak zaman Rennaisance lagi


Berbasikal sekitar Florentine menjadi keutamaan. Mana tidaknya, terlalu ramai pelancong disini hinggakan semua kenderaan besar tidak mungkin bergerak bila waktu awal tengahari.


Membeli - belah di bazar berbumbung tertua sekitar Florentine. Bazzar ini merupakan bazar asal sejak zaman dahulu yang masih digunakan hingga kini.


Cenderahati menjadi bahan utama untuk dibeli sekitar sini.



Ber ice Cream dulu - Gelatio yang mahsyur di sekitar Florentine.

Inilah Istana Tragik yang menjadi peringatan bagi kaum lelaki terhadap kekuasaan wanita. Ingin tahu sejarahnya ikut kami ke Florence. bangunan bernama Palazzo Vecchio ( Istana lama ) Old Palace.
Rupa bentuk dalamannya yang kini menjadi Muzeum sejarah Florence sungguh mempersonakan




Campainile Bell Tower - berhampiran Santa Maria De Fiore Doumo ataupun Gereja Besar Florentine menjadi pusat lawatan yang sangat penuh dengan pelancong.


Rekabentuk nya agak luarbiasa - Terlalu besar serta berwarna warni dengan kemasan mamar pelbagai warna seperti mamar hijau dari Piato, dan mamar merah dari Sinnai. Bentuk Dorm nya seakan akan masjid besar - sekali pandang seperti masjid gergasi sekitar Florence.


Bangunan ini juga pernah dikaitkan dengan senibina Byzantium yang terkenal dengan bentuk kubahnya - Raja Constantine penakluk besar Eropah dikatakan mengambil senibena islam dari Constantinopolis ( Turki ) Begitu juga dengan ukiran mamar bewarna sekitar bangunan ini - jika anda pernah ke Agia Sopia ( Turkey ) ukiran dalaman nya agak sama.



Pemandangan sekitar Gereja Santa Maria Del Fiore yang sungguh gergasi binaanya.



Kami seterusnya ke Pisa - Komplek sejarah yang memukau. Bangunan lama dibina dari mamar putih.






Inilah yang mendorong kami kesini. Menara Condong Pisa - pernah menerima jolokkan 7 keajaiban dunia. Kenapa ianya dibina condong - cari jawapannya bersama kami nanti disiri lawatan kesini nanti.


Gereja utama pisa berbentuk salib dari mamar putih menjadi binaan tertua disini.


Rumah ibadat tua serta pusat pembaptisan bagi agama Kristian - Dibina untuk tujuan agama. Namun konflik kerajaan pada masa itu menjadikan ia sebagai satu alasan untuk berperang.


Kompleks Pisa yang dibena sejak berkurun masih utuh binaanya. 3 bangunan utama menjadi tarikan utama di Pisa ( Piazza De Miracolli ) - atau dipanggil Plazza of Miracle.

Bergambar kumpulan disekitar Pisa - satu kemestian jika anda kesini.

Kompleks Piazza De Miracoli ini jika dilihat agak pelik kerana ianya dibena tidak berasas antara satu sama lain. Apa yang menjadikan ianya terlalu terkenal dikalangan pelancong jika hanya menara Pisanya sahaja yang condong dan luar bisa. Ingin tahu - ikut kami ke lawatan Itali akan datang.