apple muslim holiday

Thursday, December 2, 2010

TURKEY 28 NOV 2010

Penelitian dalam jadual lawatan serta aturcara yang lebih teratur menjadikan setiap lawatan agak tepat serta tidak berlengah tanpa aturcara sepatutnya. Oleh kerana para peserta lawatan kali ini juga sangat bijak menggunakan waktu, rata-rata dikalangan mereka berpuas hati dengan jadual lawatan kami.
Bukan sekadar lawatan biasa namun ianya juga menjadi pembelajaran penting kepada semua tentang peradaban terawal manusia. Inilah yang saya dapat rumuskan bagi lawatan kami ke Turkey kali ini. Peserta yang mengikuti pakej pelancongan Apple Muslim Holiday ke Turkey kali ini adalah dikalangan mereka yang benar benar menghayati negara diantara 2 benua ini.

Saya sendiri agak kekok memandangkan mereka sangat bersungguh-sungguh untuk menikmati bukan sahaja keindahan Turkey malah mendalami sejarahnya yang terlalu panjang.

Inilah pusat peradaban manusia tertua pernah kami lalui bersama - Turkey- anda akan dapat saksikan sendiri keajaiban nya. Masjid Biru - antara tertua serta binaan terbaik Ottomaniah. kenapa 6 menara ? - cari jawapanya bersama kami di sini.


Istana Topkapi - tinggalan harta karun dari Sultan-Sultan Ottoman terdahulu.
Bursa - Pusat Ottoman selepas Seljuk - pusat Islam tertua serta sejarahnya yang panjang mencatat segala jerih perih perkembangan Islam di Eropah. Antaranya Masjid Hijau - dengan senibina Seljuk lama - amat istimewa.

Inilah Makam Hijau yang terpenting di Bursa untuk kunjungan kita bersama. Sejarahnya ? - Ikut kami bersama ke Turkey .

Cumaklizik - Bandar lama Ottoman - bangunan berkurun dari batuan berlatarbelakangkan Gunung Olympus ( Uludang )

Beramah mesra dengan penduduk asal Cumaklizik - inilah keistimewaan pakej kami.

Ulu Cami - berdekatan Koza Han ( Gedung sutera tertua di dunia - di Eropah ) Sejarah jalan sutera dari sini sebenarnya.

Makanan bukanlah masalah kepada mereka disini - namun kalau setiap hari makan kebab hampir pengsan juga kami - untuk itu Apple Muslim Holiday menyediakan menu yang berlainan bagi mempastikan keselesaan para pelancong kami.


Buffet terbanyak semasa lawatan. Orang Turkey mengambil makan malam lebih banyak dari makan tengah hari dan sarapan mereka luarbisa banyaknya dari makan malam. Inilah keistimewaan Turkey.

Makanan Asia di Turkey - Chinese Restoren yang menyediakan makanan Halal - selera pelanggan Malaysia.


Ephesus - Lawatan ke Izmir tidak lengkap jika tidak ke sini.

Disinilah tapak bandar Rom lama yang berumur lebih tua dari Italy dan mereka juga mempunyai pusat bandar paling lama tinggalan tamadun Yunani lebih tua dari yang terdapat di Greek sendiri. Inilah keajaibannya.
Penerangan terperinci dari pemandu pelancong kami menjadikan lawatan anda bersama kami lebih bernilai. Mereka bersungguh-sungguh untuk memberikan pemahaman tentang budaya serta sejarah mereka yang sungguh menarik.

Ukiran Mozek terdapat di sekitar Acasian walkway - menjadi lambang stastus golongan bangsawan yang tinggal berhampiran nya dizaman dahulu.


Seterusnya Konya yang mempersonakan - Whrilling Dervish asalnya dari sini.

Makam Mevlana Celidini Rumi - dikatakan Ulamak terkemuka sezaman Renaissance. Apa yang menariknya tentang beliau - semuanya terjawab jika bersama kami ke Turkey nanti.



Karavensaray tertua disekitar Konya - menjadi antara terpenting semasa perjalanan sutera dari Timur ke Barat - Jika diperhatikan bangaunan lama ini terdapat dihampir seluruh negara sepanjang hikayat sutera - Eropah, Siberia, India, dan China.

Canyon tertua hasil wadi dari banjir besar semasa Bahtera Nabi Nuh. Cappadocia - segalanya bermula disini. Dari kewujudan agama Christian kuno hinggalah kebangkitan kerajaan Ottomaniah Islam - Cappadocia menyaksikan segalanya.

Apa yang penting kepuasan pelanggan. kami sangat mementingkan nya. Oleh itu bukan sahaja pemandu pelancong yang kami pilih merupakan hanya yang terbaik malah penginapan serta perkhidmatan juga amat penting.