KOREA JANUARY 2011 - WINTER SONATA
Pasangan honeymoon - bergambar kenangan - sempat ambil gambar baju pengantin ala Korea lagi sekali - Juru gambar kami Mr Alex juga merakam kan adegan paling menarik dikalangan mereka.
Penerangan dari pemandu pelancong kami yang amat berpengalaman sangat membantu kami. dengan adanya beliau segala perjalanan manjadi lebih lancar.
Tiba masa yang ditunggu - ber ski semua kali ini. Semua teruja untuk bermain ski buat kalipertama - ada dikalangan mereka agak amartur - namun para peserta lawatan kami kali ini semuanya sangat bagus dan amat mendengar kata guru mereka.
Siapa lagi guru kita kali ini kalau bukan Cik Jamilah ( Jeniffer juga). Dialah Tour Guide, Dialah guru Ski malah penyelamat di ski resort juga menjadi tugas tambahan beliau.
Masing masing berdisiplin mengikut guru yang mengajar. Untungnya kami tiada sebarang ribut salji ketika itu dan semuanya berjalan lancar.
Semuanya dengan tekun mempelajari apa yang di ajarkan. Mana tidaknya datang ke Korea untuk musim salji ini bukanlah perkara mudah. Tambahan pula kami memaksa semua peserta meneliti setiap yang diajar agar percutian kali ini berbaloi dengan apa yang dibelanjakan.
Makan tengahari seterusnya - Tidak sah jika ke Korea namun tidak mencuba Sam Ge Tang ( ginseng chicken ) rebusan bersama herba setua 2-5 tahun ini menjadi sebutan sejak zaman Joseon Dynasty lagi.
Peserta lawatan kali ini diajar bangaiman untuk menikmati Ginseng Chicken yang rasanya agak sedap - ada juga dikalangan mereka yang tidak dapat menelanya namun setelah diyakinkan dengan khasiat nya - ramai mencubanya. Paling penting ianya halal.
Folk Museum Seoul - antara pusat lawatan tebaik bagi mereka yang ingin mengenali Korea sepenuhnya. Sejak Dynasti Shella, Coria dan Joseon - Negara bertuah ini mempunyai lapisan sejaran yang agak nipis untuk di ingati.

Masuk pula ke Gyogbukgung Palace - semua kami bagaikan terpukau . Tidak sama dengan Forbidden city di China Istana ini bukanlah kota larangan dizaman kerajaan dahulu.

Memasuki Istana besar Seoul - Gyongbokgung palace.
Gyongbokgung palace istana terbesae sekitar Korea menjadi pusat lawatan wajib bagi pakej Apple Muslim Holiday . Keluasanya menjadikan tempat ini agak sejuk di musim salji.
5 sekawan yang sangat seronok sepanjang lawatan ke Korea ini. Mereka bukan sahaja berpeluang ber Winter Sonata disini malah menikmati masa berkualiti bersama.
pemandu pelancong Kami Ms Jeniffer / Jamilah - sentiasa memberikan yang terbaik - beliau sendiri bersama-sama membantu pelanggan kami berbelanja sekitar Korea.
Membeli-belah sekitar Myondong serta Namdaemun merupakan aktiviti paling penting dalam jadual lawatan kami. Masa membeli-belah sentiasa menjadi perhatian semua - siapa kata barangan di Korea mahal. Tidak juga sebenarnya.
Jika dahulu Break Out Show, kemudian kami gantikan dengan Jump Show, seterusnya Nanta Show dan kini kami barukan senarai jadual lawatan kami dengan perkara baru Sachoom Show yang sangat menghiburkan.
Sachoom Show - merupakan salah satu keistimewaan pakej Korea bersama Apple Muslim Holiday. Kami sentiasa memberikan kelainan dalam pakej kami bagi memberikan sesuatu yang baru kepada semua pelanggan.
Bergambar kenangan dengan salah seorang hero Sachoom Show. Mereka bukan sahaja sangat bertenaga malah memberikan persembahan terbaik yang menghiburkan.
Walaupun kali semasa lawatan kami jatuh pada hari tahun baru ( Lunar Year ) namum masih ada pusat beli-belah yang dibuka untuk pelancong membeli-belah
Untuk lawatan kami di musim sejuk kali ini - semua peserta berpeluang menikmati alam fantasi di Lotte World - taman tema indoor yang sungguh menyeronokkan.
Salah seorang peminat artis Korea terkemuka Jung Geul Suk - akhirnya dapat apa yang di idamkan. ( Miss Korea bagi lawatan kali ini )
Suasana Parade yang berlangsung didalam taman tema Lotte World. Sungguh indah.
Kenapa kami memilih Lotte World berbanding Everland untuk musim ini - Oleh kerana Lotte World mempunyai bukan sahaja outdoor malah indoor park, ianya amat sesuai untuk semua lapisan pelanggan yang tidak mahu terlalu terdedah dengan suhu sejuk musim salji di Korea masa ini.
inilah yang menyebabkan kami memilih Lotte World Theme park berbanding Everland untuk Musim ini. Bukan sahaja kami ingin menjadikan lawatan anda bermakna malah kami juga menjaga kesihatan anda semasa dengan kami.
Keindahan sekitar Ski resort Alpensia - Hotel taraf 5 bintang penginapan kami sangat istimewa. Biliknya besar serta sesuai seisi keluarga.
Masuk pula ke Gyogbukgung Palace - semua kami bagaikan terpukau . Tidak sama dengan Forbidden city di China Istana ini bukanlah kota larangan dizaman kerajaan dahulu.
<< Home