apple muslim holiday

Wednesday, March 15, 2017

DUBAI ABU DHABI KEAJAIBAN LAKSANA SYURGA

Dubai mungkin membayangkan cuaca yang agak ektrim untuk kita yang berasal dari Asia. Rata-rata pelancong Asia sendiri mungkin menjadikan Dubai sebagai pilihan terakhir untuk di lawati akan kerana :
1. Harga Pakej yang cenderung mahal
2. Tarikkan yang mungkin kurang istimewa
3. Cuaca yang mungkin agak panas berbanding negara kita yang sudah sedia panas
4. Apa untuk dibeli - yang mungkin tidak murah
Namun persoalan mungkin yang selalu berada  difikiran kita sebagai pelancong bijak tidak harus di pandang enteng. Apatah lagi bagi mereka yang bakal bersama sama keluarga sudah pasti menitikberatkan soal kos selayaknya. Namun Apple Muslim Holiday sudah pasti membantu anda untuk memikirkan keadaan itu
Sungguh pun Dubai agak kurang digemari oleh kerana faktor cuaca serta tarikkan yang ada di sama menjadi persoalan untuk dijadikan pusat lawatan, Kami telah berjaya membawa peserta kesana untuk menikmatinya sendiri.
Tidak terlalu tua untuk sejarahnya namun sangat hebat dari segi perubahan yang telah dilakukan oleh pemerintah bagi membangunkan negara yang terbena dari hasilan minyak ini. Apa yang Apple Muslim Holiday ingin ketengahkan, bukan sahaja lawatan yang tidak memenatkan malah sesuai dengan tempat lawatan yang pasti menyeronokkan
Selain dari hanya mengkagumi bentuk bangunan pencakar langit nya yang sungguh luar biasa dari asal sebuah perkampungan nelayan yang agak tandus, Dubai kini bukan sahaja mempunyai produk pelancongan lain yang terlalu hebat untuk kita nikmati dan ekplorasi semasa disini

Menikmati 4X4 di desert safari antara keunikan yang bakal anda nikmati semasa berada di Dubai. Bijak saya katakan kerana Dubai berjaya menjadikan beribu ribu hektar tanah tandus dengan hanya bermodalkan pasir untuk dijadikan tarikkan pelangcongan antarabangsa sehinggakan berjaya menarik pelancong untuk datang hanya kerana aktiviti ini. Akan kerana ini juga sebuah festival tahunan serta pertandingan 4X4 diadakan disini.
Setelah anda penat mengikuti pergerakkan ganas didalam 4x4 serta mencabar diri untuk meneruskan perjalanan sepanjang lawatan di gurun pasir ini anda pasti teruja untuk menikmati hidangan makan malam yang telah pihak kami sediakan di tengah tengah padang pasir beserta sedikit hiburan untuk merehatkan minda sebelum pulang ke hotel.
Terkenal sebagai mercutanda pertama tentang Dubai, Burj Al Arab ini merupakan hotel yang agak luar biasa binaannya. Selain harganya yang agak mahal untuk dihuni, malah reka bentuk nya yang sungguh sinonim dengan laut menjadikan ianya masih kekal sebagai sebuah mercutanda utama Dubai sehingga kini.
Nikmati monorail ke tanah ciptaan manusia di Palm Island dan anda pasti teregun bila berada di dunia aquaria nya yang sungguh mengasyikkan. Inilah satu lagi tarikkan yang akan anda nikmati bila bersama kami ke sini.
Atlantis, merupakan sebuah hotel penginapan yang tidak kurang hebatnya berbanding Burj Al Arab tadi. Berada di Palm Island dan mempunyai beberapa taman tema yang dibuka khas bukan sahaja untuk penghuninya malah terbuka kepada sesiapa sahaja dengan tiket masuk. Pakej kami ingin memberikan keistimewaan serta untuk merasakan pengalaman di pulau buatan manusia ini dan juga beberapa entrance ke taman tema nya seperti Lost Chamber dan Taman tema airnya yang sungguh menyeronokkan.


Anda bakal melihat pelbagai jenis hidupan laut yang sungguh luar biasa dari segi saiz serta jenisnya. Malah ada yang agak jarang untuk kita lihat di tempat lain. Himpunan hidupan laut ini pasti menjadi tarikan yang anda tidak harus lepaskan kerana ianya sungguh unik dan sungguh mempersonakan. Hayati ciptaan Tuhan dengan menjejakkan kaki kesini dan alami sendiri dunia luar biasa di laut bebas dengan melihat sendiri akuarium terbesar di Atlantis Lost Chamber ini
Taman bungan Petonia di negara panas serta tandus? - pastinya agak luarbiasa kan. Inilah yang manjadikan Dubai sebagai sebuah tarikkan pelancongan bagi peminat petonias. Taman Bunga Petonia ini dijadikan sebuah taman indah untuk dinikmati dan dinamakan Miracle Garden.
Anda pasti terpegun akan keindahannya dan bagaimana ianya ditanam di kawasan tanah tandus ini. Kelihatan ramai pelancong domestik dan juga luar negara yang datang kesini untuk menikmati keindahan warna warni Petonia yang pastinya menceriakan percutian anda.
Pstikan anda tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan disini sebanyak mungkin kerana terlalu banyak tarikan yang dimiliki. Tambahan pada mereka yang berminat menjadikan gardening sebagai hobi mereka pelbagai tips serta cara dan tatar rias harus anda cuba di rumah sepulangan ke tanah air nanti.
Berikutnya, Ke Abu Dhabi. Sebuah bandar yang tidak kurang hebatnya untuk diketengahkan dalam pakej kami. Sungguhpun dari segi pembangunan bangunan pencakar langit di sini agak kurang berbanding Dubai, Namun keindahan alam nya serta pelbagai tarikkan lain yang agak berbeza dengan Dubai manjadikan ianya satu kombinasi menarik untuk dilawati
Lawatan sekitar Abu Dhabi bakal membawa anda untuk menikmati alam yang lebih hijau serta nyaman berbanding Dubai. Tidak hairan jika Abu Dhabi dikatakan lebih redup akan kehijauan tumbuhan yang ditanam disekitar kota ini.
Tidak lengkap jika ke Abu Dhabi tanpa melawat satu satunya Ferrari World Theme Park yang memaparkan teknologi hebat kereta berkuasa tinggi ini.
Bagi peminat automotif berkuasa tinggi, elegan dan mahal ini pasti menjadi kegilaan. Apatah lagi anda bakal menyentuh serta boleh memandunya sendiri disini.

Bagi mereka yang hanya mampu menyerahkan diri untuk merasai kelajuan luar basa kerata Ferrari ini kami cabar anda semua untuk mencuba roller coaster paling laju seakan memandu ferrari disini.

Binaan seumpama dari syurga. Gambaran yang ramai berikan kepada Masjid Sheikh Zayed yang tersergam indah ini. Binaan indah sepenuhnya dari batu marmar putih yang di impport dari Italy ini pasti mengamit anda dengan seribu pertanyaan.
Bagaimana ianya dibena dalam masa yang agak singkat namun sungguh teliti serta terlalu detail. Lihat sahaja lantai marmar yang bertatah batuan berhaarga yang ditanam serta disusun indah bagi membentuk matif floral seakan hidup di perkarangan ruang laur kawasan solat terbuka nya.

Chandelier yang di tempah khas dari Munich bertatah Kristal Swarovski yang terdapat di dalam bangunan utamanya merupakan satu lagi keajaiban moden yang pasti mengkagumkan
Dengan jumlah 82 Dorm serta bentuk Moorish yang sangat Islamik ini agak terlalu tegas bersama warna asas marmar putihnya yang kelihatan utuh dari jauh lagi. Tidak hairan jika ramai yang mengambarkan keindahan masjid luar biasa ini seakan binaan dari syurga.