apple muslim holiday

Tuesday, May 10, 2016

TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN, TURKEY SUNGGUH ISTIMEWA

 Tuz Lake beberapa Kilometer dari kota Ankara menjadi destinasi pertama kami. Cuaca agak indah serta tenteram menemani Mr Muslem pemandu kami yang agak ramah untuk meluru dengan pantas ke destinasi pertama.
 Inilah Turkey bumi bertuah yang pasti menjadi negara lawatan bagi setiap pengembara yang ingin mengelilingi dunia. Setiap daerah yang bakal anda lawati bersama Apple Muslim Holiday pasti memberikan cerita serta perasaan yang berbeza.
 Tasik Garam ( Tuz Lake ) yang agak luar biasa kejadiannya kepada kita di negara asia pasti menjadi sebutan. Apatah lagi tasik yang agak luas ini dikatakan luar biasa kejadianya. Meskipun kegunaan garam dari tasik ini telah di komersilkan namun ianya masih menjadi pusat lawatan pengunjung dari dalam serta luar negara.
 Tiba di Cappadoccia untuk menikmati keindahan canyon nya yang semulajadi. Apa lagi kalau bukan dengan cara terbaik menikmatinya. Hanya melalui belon udara panas ( Hot Air Balloon ) sahaja anda dapat menikmati keindahan canyon Cappadocia yang pelbagai bentuk serta peringkat.
 Kejadian indah ini pastinya memberikan kita lebih pengalaman serta mengkagumi kekuasaan Allah S.W.T. Bagaimana ianya terbentuk dari limpahan lava 2 buah gunung dan akhirnya terhakis oleh banjir besar suatu ketika dahulu dan hasilnya bentuk Canyon yang sungguh luar biasa.

 Formasi yang terbentuk sejak beribu-ribu tahun ini pastinya membuatkan kita akur dengan ketentuan Nya. Setiap bentuk serta kejadian luarbiasa ini dikagumi oleh setaip pelancong yang datang kemari dan pastinya anda tidak terkecuali.
 Beginilah keindahan sekitar Cappadocia yang tidak mungkin anda lepaskan untuk bergambar. Tidak sama pemandangan dilihat dengan mata sendiri jika dibandingkan dengan gambar yang diambil. Maka saranan saya anda perlu kesini sendiri untuk menikmatinya sendiri
 Setalah canyon yang terbentuk ini di hadiahkan oleh Allah kepada penduduk asal Cappadocia suatu ketika dahulu dengan kepakaran mereka yang diceritakan mahir mengukir batu serta tanah maka, terbentukkan kawasan penempatan yang agak istimewa dan luar biasa ditinggalkan untuk kita kunjungi.
 Anda pasti terpegun bila melawat Gerome Museum yang dikatakan menawarkan sejarah lama penduduk di sini. Mereka dikatakan agak kuat pegangan agamanya suatu ketika dahulu.
 Kelihatan beberapa bentuk bangunan dari batuan yang terjadi di ukir oleh pengusaha nya yang gigih untuk dijadikan penginapan atau rumah mereka pada masa itu.
 Penerangan dari pemandu pelancong kami bukan sahaja menjadikan lawatan ini lebih bermakna serta lebih berinfomasi malah ianya dijadikan panduan untuk  diceritakan kembali kepada mereka yang tidak berkesempata kemari. Manalah tahu jika mereka mungkin tertarik untuk mengikuti lawatan yang akan datang

 Salah satu Chapel yang pernah digunakan oleh penghuni kawasan ini terdahulu. Kekal kelihatan ukiran serta gambar yang dilukis menggunakan warna asli dari buah buahan serta tanah dari sekitar  kawasan ini.
 Sama juga dengan Kaymakli Underground City. sebuah lagi pusat lawatan yang mungkin tidak digemari penggunjung akan ruang nya yang agak sempit namun sebenarnya ianya tidak sesukar diceritakan. Saya sarankan anda harus masuk kesini jika sudah berada di sini untuk mengetahui lebih lanjut akan sejarah lama Cappadoccia.
 Beralih ke Konya melalui jalan sutera yang pernah suatu ketika dahhulu gemilang serta terbilang. Anda bakal melihat sendiri salah sebuah bangunan kuno yang pernah digunakan oleh pedagang yang berulang alik dari timur ke barat
 Inilah dia Sultahani Karavensaray - sebuah motel yang pernah dijadikan pusat persinggahan oleh pedagang yang menggunakan laluan jalan sutera suatu ketika dahulu.
Masih kukuh serta tersergam indah untuk tatapan kita semua. Pernah menjadi pusat peradapan serta persinggahan setiap pedangan serta ahli falsafah yang ingin menyebarkan pengaruh serta ajaran agama masing masing. Maka ianya juga menjadi sebuah pusat sosial terkemuka ketika itu.
Tiba pula kamii di Konya - sebuah kota yang agak menarik untuk dikunjungi. Antara bandar yang agak Islamik selain Bursa kerana terdapat banyak pusat pengajian agama Islam di sekitar nya. Antara yang paling lama tersemadi di Konya ini ialah salah satu ajaran ahli Sufi Celaleddin Rumi yang terkenal.
Tidak hairanlah jika kita dibawa kemari untuk melihat persingahan terakhir beliau yang telah banyak mengajar ilmu agama serta ilmu akhirat.
Tibanya kami di kompleks ini ditemani oleh rimbunan bunga tulip sekitar kawasan taman nya. dengan warna indah sekitar kebun ini menjadikan ianya sebuah pusat lawatan yang sentiasa dipenuhi pelancong.


Namun kali ini kuntuman tulip agak awal berkembang mungkin in adalah kerana perbezaan aliran alam yang makin hari makin berubah.



Apa yang selalu Apple Muslim Holiday sajikan kepada pelanggan pasti menjadi sesuatu yang bakal ditunggu-tunggu. Antara nya makan tengahari kami di Denizli dimana anda bakal disajikan dengan makanan bakar atau grill yang sungguh istimewa.


Hidangan kambing bakar ini pasti memberikan anda satu pengalaman indah serta bermakna - kerana tidak senang untuk menikmati makanan selazat ini di waktu tengahari di sini.
Untuk melihat kesan sejarah Denizli - Pamukkale merupakan sebuah tempat yang anda semua harus kunjungi. Dengan kesan sejarah serta bentuk mukabumi semulajadinya Cotton Castle dan Herapolis pasti menjadi sebuah pusat lawatan pelancong paling ramai sepanjang tahun.

Terdapat sebuah museum untuk anda nikmati sejarah Herapolis suatu ketika dahulu. Tinggalan serta kesan sejarah kuno yang masih utuh dipamerkan untuk tatapan semua


Apple pasti menjanjikan penginapan yang sesuai dengan anda sebagai pelanggan kami. Bukan itu sahaja aturcara lawatan pasti berbeza dengan agensi lain dimana anda bakal mengetahui sendiri bertapa exclusive nya lawatan bersama kami.
Tiba di Kusadasi Izmir, anda pasti terpukau akan keindahan alamnya namun anda juga pasti kaagum akan kesan sejarah serta pelbagai khazanah lama yang tersembunyi disini. Ianya kaya dengan kesan sejarah lama yang seakan terkumpul disini.
Ephesus dan Maryamana House antaranya memeparkan sejarah dari 2 generasi yang tidak disangka berada disini. Sedangkan senibena kuno Greek penuh disini serta kesan kerajaan Rumawi lama juga pernah menetap disini.
Terlalu banyak untuk anda ketahui dan ini merupakan pengalaman paling berharga buat kita. Bukan sahaja melancong untuk ketenangan malah anda juga bakal mengetahui sejarah serta pengajaran yang tekah diturun kan oleh Pencipta kepada makluk terdahulunya.
Begitu juga di Bergama. Kesan sejarah Greek seakan Athen boleh dilihat di sekitar sini. Antara pusat lawatan yang anda bakal teruja ialah Asklepion. Sebuah hoospital mental pertama didunia yang dikatakan menyembuh banyak penghuni nya dahulu.

terdapat banyak tempat istimewa untuk dilihat. Anda juga pasti kagum dengan tinggalan yang masih kekal disini.

Inilah dia tiang yang kelihatan tinggalan dari zaman purba yang mungkin menarik anda ke mari.


Tibalah pula untuk kami semua tinggal di Bursa - sebuah daerah yang dikatakan paling hijau di Turkey. Juga seperti Konya sebuah daerah yang agak islamic penduduk nya.
Inilah pusat lawatan semasa di Bursa. Ulu Cami yang dbena pada 1396 dengan dorm masjid sebanyak 20 buah semuanya. Ada cerita mengenai dorm 20 ini dan ianya menunjukkan kebijaksanaan pemerintah pada ketika itu.
Sebelah Ulu Cami pula merupakan sebuah gedung sutera tertua di Turkey iaitu Koza Han. Anda bakal melihat pelbagai jenis kain sutera dijual disini
Inilah bentuk Kozahan dari dalam - seperti Karevansaray dan ianya pernah menjadi pusat sutera terkemuka dunia pada masa dahulu.
Bursa terkenal dengan sutera dan menawarkan kain sutera pelbagai jenis serta kualiti. anda pasti tidak menang tangan memilih disini.
Tidak hanya sutera, anda juga mungkin berminat dengan belbagai koleksi cenderahati disini..

Istanbul pula tidak perlu untuk kita sangkal akan kestimewaan nya. Kota Costantine yang menyimpan sejarah agung dunia ini pasti menjadi destinasi paling trekemuka dikalangan pelancong dari seluruh dunia.
Antara pusat lawatan menarik di kota lama Istanbul ini ialah kompleks sejarah nya yang sungguh istimewa. Topkapi Palace, istana  agung asal bagi pemerintah Ottoman kekal utuh menghadap Bosphorus.
Menyimpan banyak khazanah zaman islamiyah serta kerajaan Ottoman suatu ketika dahulu.

Sebelah sahaja dari Topkapi Palace ialah Aghia Sophia sebuah bangunan luarbiasa yang dibena asalnya sebuah Gereja lama hinggalah ianya di tukarkan menjadi Masjid dan akhirnya Museum yang menyimpan keistimewaan nya dan tersendiri.
Menikmati bandar Istanbul dengan lawatan berkualiti adalah penting. Setiap pelusuk di kawasan Istanbul Lama ini ( Sultan Ahmed Meydani ) mempunyai banyak kesan sejarah yang sungguh luar biasa
Bangunan pra sejarah nya masih utuh serta dijaga rapi untuk tatapan semua. Mengandungi banyak cerita sejarah yang tidak mungkin anda tahu sendiri tanpa bacaan yang banyak atau penerangan teroerinci dari pemandu pelancong yang bertauliah.


Setelah semuanya penat berjalan dan mendengar cerita panjang tentang keindahan Istanbul ini , kami bawa juga untuk menyusuri Bosporus yang terlalu indah dengan menaiki cruise persendirian. 
Masing masing tidak lepaskan peluamg untuk bergambar disini serta menikmati keindahan selat bosporus yang sungguh menawan. Inilah yang menjadi kebanggan Istanbul yang menyimpan banyak sejarah dari sejak dahulu lagi
 Alhamdulliah... semua pelanggan kami kali ini merasakan lawatan ke Turkey amat berbaloi serta bermakna. inilah hadiah paling istimewa bagi kami warga Apple Muslim Holiday apabila mendengar sendiri dari pelanggan kami
Sehingga semua tiba di KLIA kami amat bersyukur kerana semuanya selamat. InsyaAllah. Apple Muslim Holiday ingin untuk bersama sama anda lagi di lawatan yang akan datang