apple muslim holiday

Monday, October 28, 2013

MEDAN INDONESIA

 Medan Indonesia - masih terkenal sebagai sebuah destinasi lawatan istimewa seisi keluarga, bersama sahabat, untuk lawatan insentif, atau berkumpulan yang ramai untuk tujuan tertentu. Namun apa ynag saya ingin ceritakan untuk destinasi kali ini adalah pengalaman yang dikongsi bersama peserta puspanita ynag telah bersama saya November lalu ynag tidak mungkin saya lupakan.
 Dengan lapangan terbangnya yang dulu dikenali sebagai Polonia Medan - kini lapangan baru yang lebih besar serta agak moden di bina untuk menampung keperluan pelancong yang semakin hari semakin ramai di kota utara di tanah Sumatera ini.

Kini lapangan terbang baru Kuala Namu mengamit kehadiran kami.
 Dari Medan kami langsung dibawa ke Brastagi - senuag destnasi lawatan indah di kelilingi 2 buah volcano utama yang masih aktif - Sinabung serta Sibayak

Makanan di Medan seharusnya menarik akan kepelbagaian rasa serta cara masakan yand terdapat sekitar daerahnya.
Masakan Padang, Mendailing, serta asal Medan menjadi jamuan kami. Namun masih tidak menepati rasa kita di negara tercinta. Manakan mungkin untuk sama dengan air tangan emak atau isteri jika sudah berada di rantau orang bukan.

Sekitar kawasan penginapan kami yang menjadi tarikan peserta lawatan yang sungguh seronok bergambar sekitarnya. Kawasan ynag dikelilingi bukit volcano serta tanah tinggi ini sekali gus menjadikan flora mekar indah menggamit pengunjungnya kemari.


Pasar buah sekitar Brastagi yang masih lagi terlalu awal untuk dikerumuni oleh pedangan tempatan. Ini sebenarnya masa yang paling sesuai untuk kita semua memulakan tawar menawar

Ada juga yang berani untuk mencuba perkara baru ynag mungkin tida pernah dilakukan di tempat sendiri. Tiada kengkangan dalam lawatan kami dan anda berhak lakukan apa sahaja jika ianya bersesuaian .

Rata-rata buahan yang dijual disini adalah hasil tempatan serta dari kawasan pergunungan nya yang masih terlalu dara untuk diterokai. Kami terperanjat melihat ada buah buahan yang tidak pernah kami jumpa di kawasan setempat.

Beginilah keadaan pasar buah Brastagi menuju tengahari. waktu sibuk sekitar tengahari hingga lewat petang menjadikan kaawasan ini penting untuk bukan sahaja pelancong malah masyarakat setempatnya.

Pemandangan sekitar Brastagi menuju Simanjarunjung - Kawasan dataran tinggi yang di panggi Tebing Tinggi ini juga tidak kalah istimewa nya

Apatah lagi Sipiso-Piso menanti anda dengan setia sejak berkurun lagi. Bagi pelanggan apple Muslim Holiday - jika bersama kami, anda bukan seorang pelancong yang hanya melancong dengan fikiran kosong. Pelajaran Geografi yang mungkin dikalanagn kita ynag telah lama meninggal kan tingkatan 5 dahulu bakal di ceritakan kembali
2 perkara utama  yang selalu saya kongsi bersama peserta lawatan jika kemari. Bagimana SiPiso-Piso terjadi, serta Bagaimana serta kenapaTasik Toba dipanggil tasik didalam tasik. Jika anda ingin mengetahui kejadian alam ciptaan Allah yang sungguh luar biasa ini- ikuti kami kesini.

Keluasan tasik akibat letusan yang tiada tara menjadikan Toba sebuah tasik semulajadi terbesar di tanah Sumatera utara.
Terlalu indah untuk digarap dengan gambar namun anda perlu saksikan sendiri dengan terbang kemari bersama kami nanti

Bentuk mukabuminya yang sangat menakjubkan ini membuka minda kita untuk mengkagumi Penciptanya. Itulah ungkapan paling beharga bagi saya untuk didengar dari mulut peserta kami pabila kesini.

Untuk menginap di Samosir kami sudah tentu menaiki feri nya ynag hanya menggambil masa selama beberapa minit sahaja.

Bersantai sakan peserta kali ini - dan inilah yang paling istimewa, mereka tahu untuk menikmati masa bersama rakan sekerja atau sahabat handai ketika ini.


Kelihatan makan Raja nya yang disemadikan sejak dari dulu dengan penuh amanat penduduknya
peserta kami mendengar penerangan dari pemandu pelancong kami dengan penuh tekun. Ada peperiksaan untuk lulus sebelum pulang ke tanah air.

Pemandu kami memberikan penerangan terperinci akan sejarahnya. Walaupun ada ynag terpaksa menahan diri untuk mendengar cerita ini sementara menunggu masa luang untuk menerkam ke kedai kedai sekitarnya yang menawarkan jualan istimewa menjelang lewat petang hari.
Kompleks sejarah yang menyimpan khazanah lama untuk dikongsi bersama kita yang serumpun bangsa berlainan agama.

Dipenhi oleh pelawat asing dar barat yang menghargai peradaban asia kuno. Sejauh mana pun kita pergi setiap benua pasti mempunyai peradaban nya yang tersendiri.
Inilah dia jaluran kedai yang dimaksudkan
Kediaman kami di Samosir- menghadap tasik Toba saujana mata memandang.
Persekitarannya agak redup akan banjaran Samosir membelakangi mentari terbenam.
kenangan bersama di Samosir sebelum pulang ke Medan dirakam indah sekitar resort


Akan tasiknya yang terlalu luas, ombak besar terjadi.
Tasik yang kedalamn nya tidak terjangjau ini dipelbagaikan kegunaan nya. Sangkar ikan dibuat untuk menampung keperluan masyarakat setempat.
Kelihatan dataran rendah yang sayup mata memandang- terlalu banyak untk diceritakan walaupun hanya di Tasik Toba ini sahaja. Bumi bertuah dengan permata indah menarik pelancung selurh pelosok dunia kemari
Apa lagi kalau bukan aktiviti paling digemari kaum hawa. Membeli belah.
Kebaya menjadi pakaian rasmi Medan - hinggakan ada nama kebaya Medan di tempat kita. Fabrik istimewa dari serat nenas menjadi tarikkan. Manakala keranwang goyang nya yang sukar dibuat menjadi kan harganya lebih tinggi dari yang lain.

Berseronok sakan membeli-belah sekitar Medan.
Masjid Raya - masjid negeri yang menjadii tunggak aagama Islam ssekitar Medan - dibena sejak seratus tahun dahulu namun masih kekal ciri binan nya yang kukuh serta istimewa. Berabung tinggi serta seakan istana lama

Kembali untuk membeli belah sekitar Pasar Ikan. Antara tarikkan istimewa di Medan. Pelbagai jenis fabrik menarik menjadi tarikanan utama disini. Ramai yang tertawan akan harganya ayang jauh lebih murah dari yang terdapat di negara kita.
Akhirnya 4 hari lawatan kian berakhir. Berangkatnya kita dari lapangan terbang Kuala Namu ini agak lancar. Lapangan terbang baru ini sangat memuaskan. Ruangan legar yang agak besar serta teratur memudahkan kita disini.
Jika Medan masih dikenali akan keamahan penduduk setempatnya,, keindahan alam semulajadinya, juadah istimewa serantaunya, serta hasil bumi dan jualan yang berbaloi untuk kita berbelanja kenapa tidak kesini bersama kami. Untuk mereka yang merancang lawatan berkumpulan bersama rakan sekerja, sahabat, atau keluarga seramai 10 - 16 orang kami sudah tentu menyarankan anada untuk kemari bersama nanti.