apple muslim holiday

Monday, August 13, 2012

DUBAI + ABU DHABI - SESUNGGUHNYA ISTIMEWA







 Dubai - 80% bentuk mukabuminya tandus tanpa tumbuhan. Dengan taburan hujan yang sangat sedikit anda boleh teka keadaan nya tanpa kesana. Tapi sejauh mana benarkan tekaan anda. Ikut saya untuk alami nya sendiri.
Mercutanda yang dikagumi. Jika anda berada di Dubai, tidak sah lah jika tidak kesini atau tidak mengabadikan kenangan bersama bangunan terkemuka ini. Burj Al Arab antara binaan moden terawal disini
 Pembangunan di Dubai sendiri sangat menarik. Anda bayangkan 15 - 20 tahun yang lalu Dubai hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang rata-rata penduduknya mengutip mutiara laut serta menjadi pedagang
 Kini, pelbagai bentuk luarbiasa bangunan pencakar langit telah dibena. Jika dilihat perkembangan disini ianya adalah sangat sungguh luar biasa. Jika dahulunya merupakan sebuah kawasan tandus dengan hanya padang pasir kering, kini mengalami transformasi hebat menjadi metropolitan yang masih lagi giat membangun.
 Percayakah anda pencakar langit ini adalah perumahan perseorangan yang mampu dimiliki. Binaanya agak rapat namun praktikal serta kelihatan sungguh moden.
 Bangunan pintal. Masih dalam pembinaan. Tahukah anda sektor pembangunan di Dubai banyak dipelopori oleh orang luar terutama dari Pakistan serta Bangladesh. Nampaknya kebanjiran mereka bukan sahaja menjadi fenomena di negara kita malah negara lain juga.  
 Tibalah kami di sisir pantai indah, dengan pasir putih serta lautan cetek yang membiru. Untuk sektor pelancongan Dubai yang penduduk asalnya ( Emirates ) dengan hanya 40 % telah membelanjakan jumlah wang yang sangat luat biasa banyaknya.
Antaranya pasir putih yang di impot dari negara luar ini, untuk menjadikan kawasan pantai Jumeirah ini tidak tandus adalah buktinya. Seakan berada di kawasan tropika kerana pasirnya yang sememangnya dihantar dari negara asalnya.

 Penduduk Muslim yang hampir 95% di Dubai manjadikan ianya mempunyai taburan Masjid terbanyak didunia.Tarikan istimewa di Dubai sebelum terbinanya masjid agung Syed Zayyed di Abu Dhabi - Dubai Grand Mosque. Dibina dari batu pasir yang sangat indah. Motif Moorish melengkap keindahanya.
 Tidak lengkap jika ke Dubai sekiranya anda tidak tahu akan asal- usul nya terlebih dahulu. Tak kenal maka tak cinta. Sungguh setuju dengan bidalan itu kerana ianya tepat digambarkan untuk Dubai yang jarang diperkatakan oleh agensi pelancongan lain.
 Kini Apple Muslim Holiday ingin membawa anda bukan sahaja untuk melawat Dubai sebagai sebuah destinasi pelancongan biasa namun juga lengkap dengan pelbagai keistimewaan yang bakal anda nikmati jika kesini bersama kami.
 Suasana di dalam Museum Dubai yang dibena berhampiran pier atau Dubai Creek. Anda bakal melihat bagaimana Dubai dibina sejak kurun ke 10 lagi.
 Asalnya sebagai sebuah perkampungan nelayan yang mengeluarkan mutiara berubah menjadi pusat perdangangan serantau dan seterusnya metropolitan luarbiasa
 Menara berkembar Emirates tesergam indah. Masih lagi terdapat banyak bangunan berhampiran yang masih dibina. Dalam masa 4-5 tahun lagi Dubai semestinya hebat untuk di perkatakan. Bukan kerana hanya bangunannya yang luarbisa  namun juga sebagai pusat pelancongan serta perdagangan antarabangsa yang pesat
 Seterusnya mengalami sendiri keindahan gurun padang pasir, Aktiviti yang semestinya menjanjikan keseronokkan serta cabaran. Kepada sesiapa yang inginkan cabaran  di tanah gersang serba berdebu inilah peluang anda. Jauh lebih mencabar dari apa yang anda bayangkan
 Jika anda pertama kali menyentuh atau berdepan dengan padang pasir ini tentunya perasaan teruja akan mengamit. Apatah lagi jika anda dapat menghayati keindahan alam ciptaan tuhan yang maha esa. Malah anda sendiri tentu kagun, hanya sebuah padang pasir namun ianya adalah produk pelancongan yang kini kian mendapat perhatian dunia. Apa yang penting, anda mengecapinya bersama kami.
 Seperti mengherdik tanah yang kering - inilah yang kami lakukan disini.
 Diberi masa berehat seketika untuk nikmati keindahan padang pasir. Mana tidaknya, mungkin anda perlu berhenti atau minta untuk berhenti  dari menaiki 4x4 yang sungguh mencabar di tanah gersang ini.
 Anda berani mencubanya ? - Saya cabar untuk ikut kami ke siri lawatan akan datang. Nilai yang bakal anda perolehi - tidak mungkin dapat digambaran dengan kata-kata.
 Bentuk aliran angin yang terjadi di antara rabung pasir ini sungguh istimewa. Ciptaan Maha Esa yang dapat dinikmati bila kita kesini.
 Tibalah masa untuk menjamu selera - Makan malam ala Badwi di tengah padang pasir yang tanpa penghujung. Kedengaran menakutkan - ada dikalangan peserta lawatan bertanya. Apa akan berlaku sekiranya kami diserang ribut pasir?
 Jawabnya - jom ikut kami kesini nanti. Memang ribut salji menjanjikan penomena yang selalu berlaku di padang gersang ini. Namun dengan kepakaran pemandu serta pekerja di Desert Safari ini anda tidak perlu gusar.  
 Berada di tengah camp untuk menilmati makan malam ( ala BBQ ) dengan tarian tradisi puak kaum Badwi
 Benarkan Dubai terlalu panas dek terik mentari - susah untuk kami manjawab nya. Anda perlu lalui sendiri. Jika dikatakan panas ianya agak tepat namun hanya beberapa bulan sahaja terik mentari di Dubai. Jika masuk bulan Oktober hingga April - suhu nya boleh jatuh hingga 25 celsius. Malah lebih sejuk dari itu di musim sejuk nya.
 Bukan sahaja kami yang berada disini untuk makan malam. Pelancong serata dunia datang untuk menikmati keajaiban malam di padang pasir ini.
 Sementara tarian belly dancing atau tanorah di pertontonkan ramai yang terpegun dengan keindahan malam sekitar padang pasir yang sunyi ini. Anda rasakan diri bersatu dengan alam semesta. Sejenak semua lampu dipadamkan untuk para pengunjung menikmati keindahan malam

 Selain berada di beberapa hotel 4 bintang kami juga menyediakan penginapan di hotel istimewa taraf 5 bintang di Dubai. Burj al Arab bukanlah salah satunya hotel 5 bintang dengan perkhidmatan servis 7 bintang, namun anda mampu untuk tinggal disini jika dalam lawatan berkumpulan. Taraf hotel agak luarbiasa dengan kemasan emas yang sungguh memukau.
 Sekitar Dubai kini giat dalam pembinaan. Bayangkan dalam masa 2 -3 tahun lagi pelbagai projek sudah tentu menjadikan kota ini sehebat kota lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan ianya bakal menjadi metropolitan moden terulung lebih hebat dari bandar Eropah yang lain.
 Inilah hotel tertinggi di dunia dengan 2 menara. Timur dan Barat. JW Marriot - bakal menjadi jolokan pelancongan terkemuka di Dubai tahun depan.
 Jika anda mengemari filem aksi aktor popular Tom Cruise, Mission Impossible, anda tentu ingat dengan Armani Hotel di Burj Khalifa. Antara hotel paling mahal untuk di diami walaupun semalam.
 Inilah dia bangunan kumpulan arkitek yang mencipta kebanyakkan bangunan di Dubai serta Abu Dhabi. Juga tidak kurang luar biasanya. Berbentuk bulat ? bagaimana mereka berada didalamnya. Istimewa bukan? Inilah yang dikatakan ilham pereka.  
 Tibalah kami di Masjid  terkemuka Syed Zayed. Dengan binaan moden terhebat kurun ini, menjadikan ianya antara masjid termahal serata dunia.
 Mana tidaknya anda bayangkan sendiri keindahan yang tercipta dari perekanya yang di ilhamkan sendiri oleh pencetus.Dana yang bertanggungjawab untuk pembinaan masjid ini sesungguhnya memandang Masjid bukan sahaja sebagai pusat beribadah, namun untuk dikagumi akan ketelitian serta kebesaran, nikmat yang diberi oleh Pencipta.
 Dibina dengan mamar putih diimport dari Itali serta Greece. Sejarah menunjukkan kedua-dua tamadun ini menggunakan mamar putih sebagai tanda keutuhan serta kesucian. Poros namun pejal dan mudah tempa atau ukir. Inilah yang menjadikan ianya bercitarasa tinggi untuk berada di masjid ini.
 Bahan binaanya datang dari pelbagai negara antaranya China, Italy, India, Greece, serta Asia.
 Seakan Taj Mahal Moden yang sungguh indah. Bertatah 88 buah kubah serta beratus ratus tiang
 Tempat wudhu dengan batu jade kasar. Rasa sungguh dingin bila berada disini. Teknologi kuno untuk menyejukkan air tanpa perlu menggunakan bahan elektrik.
 Untuk anda yang bukan Islam, masuk melawat ke masjid ini bukan satu masalah. Anda boleh kesini namun pakaian bersesuaian disyaratkan. Kepada mereka yang tidak membawa kelangkapan tersebut usah kuatir, Pihak masjid ada menyediakan.

 Inilah yang dikagumi semua pelawat kemari. Lantai serta dinding mamar putih bertatah batu batu arked, jade, amethyst serta kristal. Dihiasi seperti ukiran bungaan - diilhamkan dari fauna yang ditemui kawasan tebing sungai berhampiran
 Sukar diucapkan dengan kata -kata. Lampu besar di ruang legar solat, istimewa buatannya. Bertatah emas dengan Bohemian glases serta kristal. Berapa ton berat nya melebihi yang sedia ada di Dolmabache Palace di Istanbul. Mashyur dari yang dahulu nya.
Inilah yang saya katakan. Bukan dilukis namun tempa ukir serta tanpal. Menggunakan batu batu bewarna yang cukup teliti serta indah.
Di mana sudut sekalipun ianya kelihatan sungguh indah. Ada pengunjung bersuara - hebat dari Taj Mahal . Apa pun anda tentukan sendiri
Karpet Double Knot buatan tangan dari Parsi tidak kalah dipamir disini. bukan untuk pamiran semata namun digunakan untuk ruangan solat utama.
menggunakan pencahayaan alami serta penyejukkan melalui alam sekitar - masjid ini dikelilingi dengan takungan air cetek - kelihatan seakan-akan terapung
Abu Dhabi merupakan antara bandar paling hijau jika dibandingkan dengan Dubai. Pihak kerajaan nya mentyarankan tanaman pohon sekitar bandar dipergiat bagi mengekalkan ekologi alam serta mengindahkan landskap.
Satu lagi bentuk bangunan yang agak luar biasa didapati di Abu Dhabi ini. Ilham dari Menara condong Pisa
Tarikkan utama Abu Dhabi - Ferrari Theme Park - Anda pasti teruja.





Terdapat aktiviti indoor dan juga outdoor untuk anda semua merasainya.

Peminat kereta lumba berkuasa tinggi sudah pasti tidak mahu pulang bila tiba disini. Pelbagai bentuk kereta Ferari dipamirkan

Anda ingin kesini - sila hubungi kami untuk lawatan seterusnya. Abu Dabi tidak mungkin mengecewakan.
tarikkan utama di Dubai - tak lain tak bukan Burj Khalifa - Binaan manusia tertinggi di abad ini.
Dengan pakej kami , anda berpeluang untuk sampai ke tingkat 124 dengan hanya beberapa minit sahaja- teknologi canggih yang menghubungkan kita dengan lapisan udara puncak tertinggi dunia
Sekitar Burj Khalifa yang dikelilingi dengan pelbagai gedung pamiran serta beli belah istimewa ala Zouk.
Pemandangan tertinggi pernah di ambil. dari puncak Burj Khalifa - Anda berpeluang untuk nikmati keindahan dari puncak tertinggi semasa di ruang legar view point



Penginapan di hotel 5 bintang taraf dunia. Atlantis hotel - sehebat namanya. Lihat sahaja lobby hotel nye. Indah serta sungguh luar biasa