apple muslim holiday

Friday, February 3, 2012

PERMULAAN 2012 YANG HEBAT

Rombongan ke Eropah kali ini disertai oleh bukan sahaja para pelanggan tetap Apple Muslim Holiday malah juga dikalangan mereka yang sudah pernah ke Eropah dengan agensi lain sebelumnya.



Inilah yang menjadi tanggungjawab besar bagi En Zadil dan saya selaku Tour leader yang ditugaskan ke sini kali ini. Bukan gandingan biasa antara kami namun kerjasama dikalangan peserta lawatan juga sungguh positif untuk kami memberikan hanya yang terbaik.



Bermula dengan Amsterdam yang dikatakan terbina di dalam sungai Amstel - sebuah bandar terhebat sekitar Eropah. Kami membawa peserta lawatan kali ini mengenali budaya asal orang Belanda di Nertherland


.



Zaanse Schans merupakan pusat pelancongan paling sesuai untuk para pelancong mengenali budaya masyarakat setempat. Tidak hanya sebagai Living Museum atau kampung budaya namun juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pelancong mengenali Belanda



Pusat perkampungan budaya ini memaparkan pelbagai aktiviti utama masyarakat Belanda - antaranya anda akan melihat sendiri bagaimana kasut kayu ( Clog ) dibuat. Demonstrasi ini menyedarkan kita bahawa kraftangan mempunyai nilai nya yang tersendiri tambahan pula jika ianya menunjukkan ciri negara asal setempat.



En Zadil bergambar kenangan disamping clog shoes yang amat cantik. Mampu atau tidak untuk membelinya tidak perlu diperkatakan. Yang penting kita sampai kesini. Sedikit untuk cenderahati dibawa pulang mungkin memadai



Puan Yati - banyak yang hendak dibeli ni yee. Pilih yang mana satu. Miniatur windmill atau kincir angin banyak terdapat di sekitar Amsterdam ini. Namun harga nya menjadi tanda penting - almaklumlah matawang Euro




Satu lagi tempat yang kami kunjungi bersama jika kesini - Antara bahan makanan yang terkenal bukan sahaja di Belanda malah seluruh Eropah. Cheese - keju yang dibuat menggunakan Renet Cuka bukan dari perut binatang yang tidak diketahui halal atau tidak.




Peserta kami semuanya tekun mendengar penerangan terperinci bagaimana keju dihasilkan. mana tidaknya ada yang memborong keju sebanyak mungkin oleh kerana hasilan produk ini adalah dari bahan yang halal dimakan. Berbeza dengan keju di negara lain yang kebanyakkan menggunakan renet dari binatang terutama khinzir.



Pemandangan indah sekitar kilang keju yang dilawati - bangunan bewarna hijau sinonim dengan negara berkincir angin ini. Kenapa agaknya - anda ingin tahu - ikut kami ke pesta Keukenhof Garden ( Pesta Tulip ) ke Belanda akan datang


Walaupun musim kini adalah winter ( musim sejuk ) namun negara yang dikatakan mempunyai daratan paling rendah didunia ini sebenarnya tidak lah sesejuk negara Eropah lain semusim dengan nya. Bentuk muka buminya yang asal sebuah lautan menjadikan kebanyakkan bahagian Belanda sungguh berbeza dengan negara Eropah yang lain.



Pasangan romantis pelanggan kami yang sudah beberapa kali bersama Apple Muslim Holiday ini tidak lokek untuk berkongsi pose menarik bersama kami.



Banyak yang hendak di buat serta dirakam kan disini, namun kami mempunyai banyak agenda serta pusat lawatan lain lagi untuk dikongsi bersama. Kenangan bersama anak tersayang diambil berhampiran sebuah jambatan gantung berfungsi - yang kini masih banyak digunakan sekitar Amsterdam. Jika anda ingin tahu bagaimana ianya digunakan - jangan lupa untuk bersama kami kesiri lawatan kesini lagi nanti



Inilah Volendam - Berhampiran pelabuhan Edam - Dam yang terbina diatas perkampungan Volen yang dikatangan sungguh unik serta luar biasa . Anda tidak akan ke Belanda jika anda tidak sampai kesini. Mercutanda pusat lawatan agung menyimpan sejarah awal pembentukkan tanah belanda yang dari asalnya kawasan lautan. Anda akan ditunjukkan tayangan slide tentang bagaimana ianya berlaku.



Sungai Volen yang menjadi pengatara utama Volendam. Apa yang menariknya anda dapat melihat 2 bezantara yang paling ketara. Aras laut yang tinggi berbanding dataran kering perkampungan Volendam termasuk sungai nya yang juga agak tinggi dari paras sungai biasa. Sukar di gambarkan namun sememenagnya luar biasa. Anda harus kesini bersama kami untuk mengalaminya sendiri. Sukar untuk di ucapkan namun pengalaman anda melihat serta mengalami sendiri tidak ternilai



Anda bayangkan bagimana Pablo Piccaso dan Vincent Van Gogh sangat ingin menghabiskan masanya kesini untuk lukisan tercantik didunia dan sehingga kini masih menjadi antara pusat pelancongan terindah sekitar Eropah. Anda tentukanya sendiri.



Apa yang menariknya Volendam ini ialah perkampungan lama nya yang masih dikekalkan. Malah kelihatan seperti perkampungan budaya ( Cultural Village ) dengan rekabentuk asal bangunan lamanya yang sungguh menawan.



Jika anda perhatikan banyak kelihatan jambatan seakan gambar ini. Ianya berfungsi mengikut peraturan semasa pada masa dahulu. Masih digunakan oleh kebanyakkan daerah sekitar Volendam dan Amsterdam sendiri.



Kami akan membawa nada untuk menyusuri perkampungan nya yang masih dihuni oleh penduduk setempat yang amat ramah - Nikmati sendiri layanan istimewa mereka disini.







Menyusuri Amsterdam dengan Canal Cruise nya yang terkemuka. Apa yang bakal anda lihat mungkin tidak akan sama dengan apa yang pernah anda bayangkan .





Masing-masing tidak sabar untuk menikmati keindahan Belanda dengan Cruise ini. Seorang Captain yang amat berpengalaman serta hebat berkata-kata menjadi teman kita sepanjang lawatan ini.



Inilah ynag saya maksudkan. Kelihatan seperti bangunan bisa. Namun jika anda betul-betul perhatikan bentuk bagunan ini sungguh luar biasa. Pertama bila ianya dibena ( tahun-tahun yang bukanya baru untuk di perkatakan ) kedua, Bagaimana ianya di bena sedangkan keadaan tanah ketika itu tidak sekukuh sepatutnya - maka bentuk bangunan terlalu rapat serta tidak semiteri banyak kelihatan. Dan Ketiga, apa fungsinya selain bagunan penempatan - cari jawabnya bersama lawatan kami seterusnya.



Kelihatan penuh dengan bangunan istimewa dibibir kiri dan kanan sungai Amsterdam ini. sama dengan Venice - Canal yang terbentuk dari pengecilan terusan serta pengeringan laut ini agak tidak kurang menarik serta membangkitkan suasana klasik namun masih mewah.



Hampir sama namun tidak serupa - kebanyakkan bangunan yang dibena berhampiran sepanjang sungai ini seakan tetapi tidak sekali sama dari segi warna dan bentuk bagunan itu sendiri . Para peminat atkitek serta mereka yang berkecimpung dalam bidang reka bentuk sesuai untuk melawat Belanda sebenarnya. Syaranan dari Apple Muslim Holiday.





Suasana romantis - sudah tentu seronok jika anda melancong bersama kami bersama yang tersayang.



Antara pemandangan indah sekitar Amsterdam - di Musim sejuk ini. Suasana romantik dan cuaca nyaman serta pengalaman menaiki Canal Cruise ini menjadi antara termahal di timba pelanggan kami.



Inilah Dam Square dikota Amsterdam Belanda - apa kepentinganya ? - ikuti kami untuk lawatan ke Eropah akan datang.



Selain terkenal dengan Red Lights district yang kami rasa agak kurang sesuai untuk Muslim tour Dam square ini juga terkenal dengan pusat jualan cenderahati serta bunga tulip.



Bergambar kenangan di Dam Square - Tarikkan kereta berkuda yang dahulunya menjadi kenderaan pengangkutan terpenting selain sungai sekitar Belanda



walaupun agak kesejukkan Dam Square tetap diredah. Ada yang tidak sanggup lalu menuju ke outlet berhampiran untuk memanas kan badan.



Apapun permulaan 2012 menjadikan Apple Muslim Holiday lebih matang untuk bukan sahaja melihat Eropah sebagai sebahagian pakej yang mula diterima oleh pelanggan Muslim akan kerana cara bagaimana kami lakukan namun sebagai penghargaan terhadap pelanggan tetap kami yang sentiasa mempercayai Apple Muslim Holiday sebagai sebuah agensi pelancongan yang memberikan panduan lawatan Muslim ke mana sahaja



Terima kasih saya ucapkan kepada semua para pelanggan kami yang budiman - kepercayaan anda untuk terus bersama kami amat sangat hargai.