apple muslim holiday

Tuesday, August 2, 2011

JE TA ME - PARIS NAN INDAH

Paris - Kota penting Eropah yang menjadi nadi kehidupan masyarakat serumpunya. Tidak seperti Brussel di Belgium, Paris adalah diantara bandar besar terulung bukan sahaja sebagai pusat ekonomi, peradapan, seni, serta pelancongannya. Namun negara yang mempunyai bahasa luarbisa berhampiran Inggeris ini sangat menonjol dari segi pelancongan serta menjadi antara negara yang sering di kunjungi oleh pasangan bercinta serta pelawat seluruh dunia.



Arch of Truimph - binaan agung berada ditengah tengah jalan Charles de Gaulle yang dibena sempena memperingati pahlawan agung revolusi Perancis serta Perang saudara Neopoleon dibena sekitar 1800



Juga dikenali sebagai Tomb of unknown soldier, Arch terbesar Perancis ini menarik jutaan pelancong setiap tahun akan senibenanya yang sungguh luar biasa. Memperingati tentera Perancis menentang German.






Inilah Champs Alysees - lebar jalan luas yang terbentang serta terkenal dengan laluan indah sekitar Paris.




Senibina sekitar kota Paris semuanya membangkitkan nostalgia zaman Rennaisance serta revolusi Perancis ketika itu. Anda seolah olah berada di zaman yang masih lama namun indah digambarkan.




Sekitar Place de La Concorde yang merupakan kesinambungan dengan The Lion di Switzerland. Anda ingin tahu akan sejarahnya yang panjang - ikut kami ke Paris nanti.





Apa yang menariknya disini ialah Luxor oblisk yang berdiri megah setinggi 23 meter dibawa dari Kompleks rumah berhala terkenal Egypt Luxor - bagaimana ianya disini - jawapannya bersama tour kami nanti.





Paris juga terkenal dengan Disneyland nya. Dunia kanak-kanak beraneka warna boleh dinikmati disini.








Kota keriangan Disney - sesuai jika anda kesini seisi keluarga.








Bergambar kenangan di pintu utama Disneyland Paris









Membeli - belah sekitar Paris - anda menjangkakanya. Inilah yang sentiasa ditunggu oleh peserta lawatan kami . Mana tidaknya barangan terkemuka serta jenama asal Eropah disini sungguh berpatutan. Ada Kelasnya tersendiri.





Galeri La Faye - tinggalan hartawan Arab di Paris - masih menjadi pusat tumpuan pelancong seluruh dunia - Murah sungguh ke ? - anda tentukannya sendiri nanti ketika bersama kami.




Galeri Musik terkemuka sekitar Kota Paris.




Bentuk bangunanya sahaja telah menunjukkan status bangunan ini di dalam bandar Paris yang segalanya mewah. Antara konsert terkemuka Brocelli paling berjaya pernah diadakan disini.







Inilah Louvre Museum - Muzium terbesar didunia. Menempatkan karya agung hasil artis terkemuka dunia serta beberapa bahan sejarah serta relik utama seluruh dunia .




Merupakan muzium paling ramai pelawat sepanjang tahun dengan rekabentuk luarbiasanya yang mempunyai ciri mistikal serta sungguh misteri. Bangunan ini juga merupakan istana asal keturunan Philip I dan II hinggakan raja Louis XIV.





Antara Arch berhadapan Louvre Musee serta berhampiran Place De La Concorde.




Perpustakaan lama berhampiran Louvre Museum





Les Invalids - merupakan bangunan asal dimiliki tentera Perancis yang kini menjadi pusat lawatan yang tidak harus dilupakan.



Bangunan yang kini merupakan kompleks museum serta makam para tentera terkemuka zaman Renaissance serta pembesar negara Perancis. Dahulunya ia merupakan hospital utama tentera Perancis.






Apatah lagi bangunan berkubah emas ( Golden Dorm ) ini juga merupakan makam terakhir utama Neopoleon Bonaparte penakluk Eropah timur hebat di Perancis. Makamnya betul- betul berada di tengah dorm tersebut.









Antara bangunan indah sekitar Paris - inilah yang dikatakan bandar romantik serta indah.




Rakyat Perancis bukan sahaja terkenal dengan kesenian nya yang tinggi namun juga masyarakat yang amat mementingkan ilmu dalam kehidupan. Anda lihat sendiri toko buku atau pusat jualan buku terpakai yang tumbuh bagai cendawan sekitar Seine ini.




Jangan terkejut jika anda memperolehi naskah ilmuan terkemuka yang asli disini - namun harganya tidak murah seperti kulit usang luaranya.



Seterusnya bangunan agama sekitar Paris yang sungguh terkenal. Sebuah gereja lama sejak berabad mempunyai ceritanya tersendiri




Notre Dame Cathedral - Gothic serta menawan




Siapa tidak akan kagum dengan Notre Dame Cathedrale - terkemuka dengan beberapa ceritera indah serta menyayat hati antaranya The Hunchback of Notre Dame. Hikayat Si Bongkok di Paris.





Pintu utamanya yang mempunyai ciri asal Gothic serta amat berseni pernah dihasilkan di Eropah. Banyak cerita boleh didengar tentang pintu utama ini sahaja. Apa yang menjadikanya terkenal- Organ atau alat muzik utama nya yang dikatakan berhantu. Senibenanya yang lain dari Gereja lain juga menjadikan ianya sangat berbeza.




Bangunan Gothic terkemuka dunia ini dikagumi kerana ianya merupakan Gothic pertama di Paris. Inilah rupa bentuk belakang bangunan sejarah ini.




Menaiki Cruise sekitar Seine yang sungguh mengkagumkan. Dengan pakej kami anda berpeluang nemikmati bandar Paris yang dikatakan indah ini dengan menyusuri sungai Seine. Melewati bangunan indah sekitarnya



Pulau besar terbahagi diantara sungai Seine Paris yang menepatkan beberapa bangunan sejarah yang sukar digambarkan.





Tahukah anda Sungai Seine yang bermuara di English Channel ini sebenarnya pernah menjadi jalan pengangkutan utama sejak berabad lamanya dan kini masih digunakan lagi. Sumber airnya sejauh Belgium serta serata Perancis menjadikan sungai paling kurang pencemaran ini sungguh tenang serta paling bersih sekitar Eropah.






Beginilah keadaan cruise sekitar Seine yang sungguh indah. Anda akan melewati kawasan pra sejarah serta moden , dari Renaissance hingga ke zaman Charles Du Gaulle





Jambatan Alexander III yang menghubungkan Grand Palais - latarbelakang, serta tanah utama sekitar Avenue Du Marechal Gallieni merentasi Sungai Seine. Juga membahagikan Invalids serta Champs Elysees.




Jambatan Alexander III. Kenapa dikatakan sangat terkemuka diParis ini. Ikut kami ke Paris nanti


Selain Hop On and Off bus yang tersedia untuk pelancong menikmati bandar Paris ini, berbasikal juga menarik untuk di lakukan. Peluang ini sesuai bagi pelancong yang gemarkan aktiviti riadah sambil melawat pusat pelancongan yang berhampiran seperti di sini.






Sistem pengangkutan mudah bagi pelancong asing yang inginkan keselesaan semasa menyusuri bandar Paris.



Tidak lengkap kiranya anda ke Paris tanpa La dame De Fer - the iron Lady atau Eiffel Tower. Antara mercutanda terpenting sekitar Eropah. Dibena pada tahun 1887 - 1889 bersempena World Fair.



Dikejauhan - Eiffel tower di sebelah jalan raya berdekatan.



Bukan sahaja binaanya yang mengkagumkan malah bentuk nya yang amat sempurna serta sungguh simeteri menjadikan ianya pernah menjadi jolokkan 7 wonders. Binaan luar biasa oleh arkitek terkenal Gustave Eiffel menjadikan binaan ini kekal sebagai besi megah terhebat di dunia.





Eiffel Tower yang terkemuka di Paris - Indah serta sentiasa menjadi binaan agung seluruh dunia. And ingin kesini - ikut kami ke siri lawatan seterusnya