apple muslim holiday

Monday, June 13, 2011

NETHERLAND - TANAH KINCIR ANGIN

Nertherland - Belanda - atau Dutch Republic ramai yang salah panggil dengan Holland ( sebuah provice di Belanda ini ) mempunyai bentuk muka bumi yang amat luar biasa. Bekas negara penjajah asai ini sebenarnya sungguh menarik untuk dikunjungi oleh semua pelancong



Lawatan kali ini sungguh mencabar serta memberikan banyak pengalaman terutama bagi saya yang sangat meminati budaya serta sejarah negara dibawah paras lautan ini.



Tidak sah jika anda kesini tanpa melihat Windmill atau kincir angin yang sememangnya teknologi hebat sejak berzaman di Belanda ini. Apa fungsi serta kepentingannya disini? Ingin tahu - ikut kami ke siri lawatan pakej ke Europe nanti.











Kasut clog dari kayu bermutu menjadi ole-ole sempurna untuk dibawa pulang - lambang Belanda sejak berzaman.



Anda berpeluang melihat cara bagaimana ianya di proses.








Pemandangan sekitar perkampungan budaya Zaanse Schans - mempersonakan dengan kincir angin nya yang terkenal.






Inilah yang kami cari semasa di belanda - Pemandangan sepanjang negara bawah lautan ini.





















Melawat kilang cheese ( keju ) yang amat terkenal sekitar Belanda.



Penerangan dari pakar keju di pusat pembuatanya .



Paling menarik keju disini dijamin halal kerana pembuatanya serta bahan yang digunakan . Renet yang dipakai untuk proses menapai serta pembekuan keju disini juga adalah dari sumber yang halal.



Harga berpatutan serta rasanya yang beranika.










Pelbagai jenis dan perisa untuk dibawa pulang






Pemandangan sekitar rumah ladang - nyaman serta sungguh menarik.












Tiba di Volendam dan melewati kawasan penuh sejarah .





Benteng yang dibuat bagi mengelakkan banjir atau kemasukkan air laut ke kawasan tanah tebus guna sekitar Volendam. Jika dilihat paras air laut ( yang kini adalah tasik air tawar ) lebih tinggi dari penempatan ( tanah tebus guna )







Bandar diatas batas atau Dam yang lebih besar.








kawasan pantai air tawar menghadap laut North Atlantic .






Sekitar Volendam - perumahan lama tersusun serta masih indah dengan senibina lamanya.



Inilah kepentingan sungai atau terusan sekitar Volendam. Kebanyakkan jambatan yang merentasi terusan sekitar kawasan penempatan ini mempunyai keunikan nya tersendiri.











Pier serta kapal pelawat sekitar Volendam. Anda boleh menikmati keindahan kawasan laut air tawar ini dengan perkhidmatan boat mewah serta kapal ini.









Banyak cenderahati boleh didapati di sekitar Volendam. Bandar pelancongan yang amat terkenal dengan keramahan penduduknya.









Kami kemudianya menyusur bandaraya Amsterdam.












Bandar indah ala st Marco ( Venice ) ini sangat menarik.








Melewati kawasan Red Light area untuk sekadar tatapan para pelancong mengenali budaya Dutch.








Seterusnya - nikmati keindahan Amsterdam dengan Cruise sekitar canal antara aktiviti yang seharusnya dilakukan oleh semua pelancong jika ke Amsterdam ini.

















Inilah hotel taraf 5 bintang terkemuka - penginapan wajib bagi pelakon Hollywood serta orang ternama serata dunia. Apa menariknya hotel lama ini - pemandanganya tidak boleh dibeli wang semata .


















Apa pun, Keindahan bumi Belanda sangat dikagumi. Bak kata pemandu kami Mr Chris - Tuhan menjadikan bumi namun terlupa akan Belanda ( yang terpaksa dibuat sendiri oleh rakyat Belanda ) - namun saya tidak setuju kerana penduduk Belanda dikurniakan Tuhan akal serta kepakaran dalam pelayaran hinggakan bukan sahaja mampu mengeringkan lautan malah menjajah bumi lain seperti Batavia ( Jakarta )