apple muslim holiday

Friday, May 13, 2011

MILANO - PUSAT FESYEN DUNIA

Walaupun Milan terkenal dengan pusat fesyen dunia, namun bukan ini sahaja yang menjadikan Milan sebagai tempat lawatan penting serata Eropah. Sejarah peradapan terawal juga dapat dilihat disini.


Bergambar kenangan di AC Milan Stadium - Kebanggan Milan.



Sforza Castle atau juga dikenali sebagai Piazza de Castello. Castle palace yang agak menakjubkan binaannya. Ramai pengunjung datang kesini kerana senibina Moorishnya serta menara Jam besarnya.


Bergambar kenangan di sekitar istana lama ini.




Seterusnya inilah tujuan kami ke Milan - The Galleria Victoria Emenuelle I. Gedung berbumbung kaca paling mewah sekitar Milan.







Pebagai barangan mewah boleh didapati sekitar sini. Restoren nya juga menawarkan makanan yang agak mewah. Ada juga restoren yang menawarkanmakanan halal oleh kerana Tukang masaknya berasal dari Timur tengah serta masakan Arab.






Kami berhenti di AC Milan Store - bergambar bersama tanda tangan ahli bola sepak mereka yang terkenal. Anda meminati AC Milan - Ikut kami nanti.





Beg LV yang menjadi kegilaan ramai. Sesuai dengan jenamanya.




Kompleks gereja berhampiran gedung beli belah.




Pemandangan sekitar Duomo Square. Tugu Neopolian Bonaparte tesergam indah menghiasi dataran ini.





Inilah Duomo atau Gereja Besar Milan - merupakan Gereja Gothic terbesar di dunia.
















Senibinanya memaparkan ciri Gothic lama yang mana memakan masa terlalu lama untuk disiapkan. bangunan sejarah ini juga menampatkan bebrapa relick agama Kristian paling lama didunia.




Pemandangan dari dalam Gereja Duomo. Bentuk siling tinggi binaan asal Roman menjadi asas penting kebanyakkan bangunan sekitar Milan. Ianya dibina sejak 1330 lagi namun berjaya disiapkan dalam masa yang terlalu lama oleh kerana kekurangan dana bagi pembinaanya.



Tanda lampu merah yang menunjukkan paku tangan yang dipercayai digunakan tentera Rom bagi memaku tangan Jesus ditempatkan di rabung utama bangunan ini. Inilah Relick paling penting dalam sejarah Kristian menjadi khazanah paling lama disimpan disini.





Lantai Mamar ber bunga - satu lagi hasilan menarik arkitek Milan ketika itu. Corak geometri nya seakan akan yang terdapat pada masjid lama Cordoba di Spain ( Sepanyol ) serta Istanbul.


Sememangnya Milan mempunyai banyak bangunan bersejarah. namun seharian disini sebenarnya tidak cukup tambahan untuk diterokai sendirian.


Hasil seharian di Kota Milan - apa lagi kalau bukan barangan jenama mewah seperti Gucci, Salvatore, LV dan sebagainya dibawa pulang sebagai tanda kenangan bersama di Italy.



Lapangan terbang Milan - agak kecil namun menjadi kepentingan di eropah kerana sentiasa sibuk.


Inilah pemandu ( Driver ) kami yang sungguh baik hati - Mr Walter berdarah Poland - sangat tekun serta seorang pemandu berhemah. Apple Muslim Holiday amat bertuah kerana beliau menjadi pemandu kami kali ini.

Tuesday, May 10, 2011

VENICE MEMPERSONAKAN VERONA TRAGEDI SANG ROMEO

Venice merupakan satu lagi daerah terpenting untuk dilawati jika kita ke Itali. Mana tidaknya tempat yang dikatakan sangat romantik ini tidak harus dilupakan apabila anda kesini. Bentuk mukabuminya yang berada dilautan menjadikan pengangkutan air amat penting disini.

Tidak dinafikan daerah yang kelihatan seperti puzzle ini ditenggelami air setiap tahun. Malah kami sendiri pernah berpengalaman berjalan dalam banjir di San Marco pada bulan August tahun lepas. Menuju ke Tronchetto Pier untuk menaiki bot ke san Marco. Jambatan terpanjang di Venice.

Tiba di Tronchetto Pier - kebanyakkan pelanggan kami tidak sabar untuk membeli cenderahati disini. Tidak terlalu mahal




Setibanya di Tronchetto Pier untuk menaiki bot ke San Marco







Masih ingatkan anda dengan Angelina Joli dalam The Tourist - inilah antara tempat pengambaran yang sering dilihat di dalam filem tersebut.





Mercutanda San Marco setibanya kami di jeti utamanya.


Gondola kemestian sekiranya anda kesini. Suasana romantik sekitarnya menjadikan percutian anda lebih bermakna.

Makan tengahari kami - jangan mareeee - Hell Kitchen yee bukan calang-calang restoren nii. Makanannya tidak murah serta agak istimewa.




"Squid ink Pasta" yang rupanya agak luar biasa namun rasanya tidak lah teruk seperti disangkakan. Apapun ini adalah makanan highlight yang Apple Muslim Holiday ketengahkan untuk anda mencubanya. Inilah Special delicacies yang kami cuba perkenalkan.


Venetian Clock - antara yang terkenal serta menarik untuk dikunjungi. Merupakan mercutanda utama Venetian.

Pemandangan yang biasa dapat dilihat sekitar Venice dan St Marco.



Khazanah Venetian - Bangunan lama bertahun tahun serta senibina nya yang memukau


Istana Doge atau Doge's Palace juga dikenali sebagai Palazzo Ducale antara istana lama yang digunakan oleh Keluarga Ducale hingga abad ke 19. Ianya sekarang masih tesergam indah sebagai salah satu mercutanda San Marco. Paling menarik binaanya dari mamar putih menjadi kebanggan Venetian.




Binaan tertinggi di St Mark Square yang mana pernah runtuh pada tahun 1902 dan kemudianya di bina semula untuk tatapan umum.


Beginilah sesatnya pengungjung yang beratur untuk masuk ke St Mark Basilica Antara bangunan sejarah tertua dari Byzantium. Jika diamati bentuk bangunanya ia seakan binaan Moorish atau binaan kerajaan lama Turkey yang dahulunya menjadi jajahan Constantinople I.




Pemandangan dari dalam ( interior ) yang kelihatan agak sama dengan St Sophia atau Aghia Sophia yang terkemuka bagi kerajaan Byzantium di Constantinopolis (Istanbul) Turkey lama.



Benar-benar kelihatan sama dengan senibina Aghia Sophia di Istanbul Turkey - cuba anda lihat betul-betul. Kenapa agaknya - Ingin ketahui lebih lanjut - ikut kami kesiri lawatan seterusnya.


Apa yang membezakan St Mark Basilica dan Aghia Sophia ialah Iconostasis yang terletak diantara medan masuk serta altar utama bangunan nya.

Di kejauhan - Bangunan lama sekitar St Marco Square


Inilah yang menjadi kegilaan diantara peserta lawatan kali ini. walaupun Hard Rock Venice masih lagi belum buka namun kami semua sedari awal lagi menunggu cenderahati untuk dibawa pulang.


Inilah Mr Alaye - pegawai bertanggungjawab menyediakan Gondola kami di Venice.








Menaiki Gondola adalah cara paling baik untuk menghayati kota lama Venice ini.











Pemandangan sebegini amat biasa di sini. Keindahanya sungguh luar biasa. Sesuai bagi pasangan bulan madu disini. Anda perlu datang sendiri kesini untuk merasainya.





Venice - bandar terapung sekitar nya sungguh mempersonakan.









Berehat seketika disekitar gedung yang menjual pelbagai barangan termahal sekitar San Marco.




Verona merupakan tempat lawatan kami seterusnya selepas Venice. Verona juga terkenal dengan karya agung Sir William Shakespare. City wall Verona dengan bandar nya yang bersejarah.


Sekitar Verona - Masih terdapat ruin lama yang masih lagi dijaga untuk tatapan umum. Menunjukkan kesan sejarahnya masih lagi dikekal kan.


Walaupun tempat lawatan ini terlalu sempit namun ianya tidak menjadi halangan bagi semua pelawat untuk melihat kesan sejarah terpenting di Verona ini. William Shakeapare menjadikan nya lebih terkenal setelah digarab menjadi bacaan yang diterima di seluruh dunia. Romeo & Juliet.

Beranda Juliet yang dikatakan tempat sebenar berlakunya adegan cinta dengan si Romeo yang mabuk kepayang



Wajah Juliet yang disemadikan dengan patung gangsa berukuran sama dangan saiz manusia biasa



Selain Arena ( bangunan tinggalan kerajaan Rome lama ) di Verona, Bangunan seperti ini masih banyak dikekalkan. Bangunan ini merupakan Opera house tertua di Verona.


Gerbang kebanggaan Verona - antara city wall yang masih lagi dikekalkan di setitar Verona. Apa yang menarik disini anda cari jawapanya bersama kami nanti.