apple muslim holiday

Tuesday, December 28, 2010

BEIJING CHINA 21 DEC 2010




Musim sejuk di Beijing - agak sejuk namun masih belum bersalju. Peliknya, bandar iklim kebenuaan yang mempunyai 20 Juta penduduk ini mempunyai iklim melampau agak luar biasa tahun ini.

China dengan 34 provinsi mempunyai variasi yang sangat ketara. Walaupun Chonggin merupakan bandaraya terbesar China ketika ini, namun Beijing masih mempunyai kepentinganya tersendiri

Great wall nya serta Forbidden City atau Kota larangan juga sehingga kini masih menjadi pusat kunjungan terpenting dikalangan pelancong antarabangsa juga domestik.



Bukan hanya wajah lama kota China menjadi tujuan kami di Apple Muslim Holiday - malah wajah terbaru sekitar bandaraya luar biasa ini juga menjadi antara yang menarik untuk di kunjungi.
Pelanggan kami kali ini hanya 18 orang namun kerjasama mereka sangat memberikan saya inspirasi untuk terus menyediakan Perkhidmatan terbaik dari Apple Muslim Holiday.

Masing-masing sangat teruja dengan semua pusat lawatan yang kami sediakan. Segala keistimewaan China sebagai negara ter besar serta dengan penduduk Muslimnya yang agak ramai menjadikan lawatan kali ini menjadi satu kes pembelajaran.

Hotel penginapan kami kali ini - dengan taraf local 5 bintang - memberikan yang terbaik. Kami semua sungguh selesa dengan penginapan yang disediakan.

Crystal serta Jade - antara yang selalu menjadi pilihan pelanggan kami semasa ke kota Beijing. Tidak hanya di gedung utamanya - anda juga berpeluang tawar-menawar di sekitar Yashow Market serta seumpamanya.

Membeli-belah di China antara aktiviti yang tidak sah jika ketinggalan. Malah dengan tour kami ke Beijing anda tidak perlu ke semua compulsory shopping stop yang dikemukakan. Ini bagi menjamin lawatan anda lebih berharga.


Ski Resort - menjadi antara terpenting dalam jadual lawatan kami semasa musim salji. Anda berpeluang bermain ski disini.

walaupun ini merupakan lawatan terakhir saya bagi tahun 2010 ke China semuanya sungguh istimewa. Kami bukan sahaja mempuyai agen baru di China yang benar-benar bagus dalam penyelangaraan, hotel yang cukup baik malah antaraa terbaik selama saya sendiri ke China, serta pengalaman membawa antara peserta yang sungguh bagus. Kerjasama kalian samat bermakna buat saya serta warga Apple Muslim Holiday. Jumpa lagi di tahun 2011

Monday, December 27, 2010

KOREA EARLY WINTER 08 DEC 2010




Musim sejuk ( winter ) sentiasa ditunggu oleh rakyat kita orang Malaysia. Mana tidaknya aktiviti ski di Korea sememangnya sungguh menarik serta menjadi kepentingan bukan sahaja bagi pelancong luar negaranya malah pelancong domestiknya.


Kami senantiasa menyediakan penginapan terbaik bagi pelangan Apple Muslim Holiday - Di ski resort kita akan menginap di Pyonchang Alpensia Ski Resort Holiday Inn taraf 5 bintang. Billiknya dilengkapi pemanas serta mempunyai dapur khas sesuai untuk tetamu menginap bukan sahaja sesuai seisi keluarga malah juga bersama rakan atau seseorang istimewa. Suasananya sungguh romantik - juga merupakan pusat pergambaran drama bersiri korea terkenal Goong.



Keindahan alam sekitar Korea semasa awal musim sejuk. Nami Island - sememangnya tidak boleh luput diingatan. Winter Sonata bermula disini.


Kimchi Making - aktiviti DIY ( do it yourself ) yang sudah pasti tidak akan ketinggalan semasa mengujungi Korea bersama Apple Muslim Holiday.



membeli belah sekitar Itaewon tidah harus ditinggalkan. Kami tiba-tiba di temuramah oleh rangkaian TV Korea. Agak terkejut namun salah seorang peserta lawatan kami secara spontan memberikan kerjasama dengan baik.

Taman tema ( Theme Park ) semasa musim sejuk ini adalah ke Lotte World - sebuah theme park yang indah dengan pelbagai permainan seisi keluarga - sesuai jika dikunjungi bersama sesiapa jua. Kenapa kami memilih Lotte World - ikut kami ke lawatan seterusnya.
Korea Sememangnya istimewa ketika musim sejuk. Ingin bersama kami kesini - 2011 masih belum penuh jadual lawatan nya - silakan bersama kami kesini.

Thursday, December 2, 2010

TURKEY 28 NOV 2010

Penelitian dalam jadual lawatan serta aturcara yang lebih teratur menjadikan setiap lawatan agak tepat serta tidak berlengah tanpa aturcara sepatutnya. Oleh kerana para peserta lawatan kali ini juga sangat bijak menggunakan waktu, rata-rata dikalangan mereka berpuas hati dengan jadual lawatan kami.
Bukan sekadar lawatan biasa namun ianya juga menjadi pembelajaran penting kepada semua tentang peradaban terawal manusia. Inilah yang saya dapat rumuskan bagi lawatan kami ke Turkey kali ini. Peserta yang mengikuti pakej pelancongan Apple Muslim Holiday ke Turkey kali ini adalah dikalangan mereka yang benar benar menghayati negara diantara 2 benua ini.

Saya sendiri agak kekok memandangkan mereka sangat bersungguh-sungguh untuk menikmati bukan sahaja keindahan Turkey malah mendalami sejarahnya yang terlalu panjang.

Inilah pusat peradaban manusia tertua pernah kami lalui bersama - Turkey- anda akan dapat saksikan sendiri keajaiban nya. Masjid Biru - antara tertua serta binaan terbaik Ottomaniah. kenapa 6 menara ? - cari jawapanya bersama kami di sini.


Istana Topkapi - tinggalan harta karun dari Sultan-Sultan Ottoman terdahulu.
Bursa - Pusat Ottoman selepas Seljuk - pusat Islam tertua serta sejarahnya yang panjang mencatat segala jerih perih perkembangan Islam di Eropah. Antaranya Masjid Hijau - dengan senibina Seljuk lama - amat istimewa.

Inilah Makam Hijau yang terpenting di Bursa untuk kunjungan kita bersama. Sejarahnya ? - Ikut kami bersama ke Turkey .

Cumaklizik - Bandar lama Ottoman - bangunan berkurun dari batuan berlatarbelakangkan Gunung Olympus ( Uludang )

Beramah mesra dengan penduduk asal Cumaklizik - inilah keistimewaan pakej kami.

Ulu Cami - berdekatan Koza Han ( Gedung sutera tertua di dunia - di Eropah ) Sejarah jalan sutera dari sini sebenarnya.

Makanan bukanlah masalah kepada mereka disini - namun kalau setiap hari makan kebab hampir pengsan juga kami - untuk itu Apple Muslim Holiday menyediakan menu yang berlainan bagi mempastikan keselesaan para pelancong kami.


Buffet terbanyak semasa lawatan. Orang Turkey mengambil makan malam lebih banyak dari makan tengah hari dan sarapan mereka luarbisa banyaknya dari makan malam. Inilah keistimewaan Turkey.

Makanan Asia di Turkey - Chinese Restoren yang menyediakan makanan Halal - selera pelanggan Malaysia.


Ephesus - Lawatan ke Izmir tidak lengkap jika tidak ke sini.

Disinilah tapak bandar Rom lama yang berumur lebih tua dari Italy dan mereka juga mempunyai pusat bandar paling lama tinggalan tamadun Yunani lebih tua dari yang terdapat di Greek sendiri. Inilah keajaibannya.
Penerangan terperinci dari pemandu pelancong kami menjadikan lawatan anda bersama kami lebih bernilai. Mereka bersungguh-sungguh untuk memberikan pemahaman tentang budaya serta sejarah mereka yang sungguh menarik.

Ukiran Mozek terdapat di sekitar Acasian walkway - menjadi lambang stastus golongan bangsawan yang tinggal berhampiran nya dizaman dahulu.


Seterusnya Konya yang mempersonakan - Whrilling Dervish asalnya dari sini.

Makam Mevlana Celidini Rumi - dikatakan Ulamak terkemuka sezaman Renaissance. Apa yang menariknya tentang beliau - semuanya terjawab jika bersama kami ke Turkey nanti.



Karavensaray tertua disekitar Konya - menjadi antara terpenting semasa perjalanan sutera dari Timur ke Barat - Jika diperhatikan bangaunan lama ini terdapat dihampir seluruh negara sepanjang hikayat sutera - Eropah, Siberia, India, dan China.

Canyon tertua hasil wadi dari banjir besar semasa Bahtera Nabi Nuh. Cappadocia - segalanya bermula disini. Dari kewujudan agama Christian kuno hinggalah kebangkitan kerajaan Ottomaniah Islam - Cappadocia menyaksikan segalanya.

Apa yang penting kepuasan pelanggan. kami sangat mementingkan nya. Oleh itu bukan sahaja pemandu pelancong yang kami pilih merupakan hanya yang terbaik malah penginapan serta perkhidmatan juga amat penting.