apple muslim holiday

Thursday, April 22, 2010

SAKURA DI KOREA


Bergambar kenangan bersama pemandu pelancong kami yang amat istimewa.



Inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta lawatan kali ini. 10 April 2010 - menjanjikan hanya yang terbaik walaupun ahli kumpulan lawatan ke Korea kali ini hanya beberapa belas orang. April seharusnya dinantikan - Musim Bunga menjelang



Bagaimana ekslusifnya pakej Apple Muslim Holiday - inilah yang menjadi tanggungjawab besar bagi saya dalam lawatan kali ini. Semua peserta amat mementingkan kualiti lawatan dan juga merupakan dikalangan mereka yang pernah menyertai lawatan dengan beberapa agensi besar yang lain.




Persinggahan pertama kami - Naminara - antara yang terpenting dalam jadual lawatan kami.

panorama indah sekitarnya



Sajian makanan halal tidak harus dilepaskan - orientasi rasa bagi mereka yang ingin mengenali Korea dengan lebih dekat dan mendalam ( In-Dept )




Antara aktiviti terpenting dalam jadual lawatan kami - (DIY - Do it Yourself ) Jangan terkejut jika anda terpandang cincaluk sebagai bahan utama dalam pembuatan kimchi ini. Sudah saya katakan makanan Korea sebenarnya hampir serupa dengan rasa orang kita.

pasangan suami isteri bertungkus lumus belajar membuat Kimchi



Inilah hasilnya




Pakaian Tradisional Korea "Hanbok" - anda berpeluang untuk mencuba nya - Inilah antara kenangan yang bakal anda nikmati ketika bercuti bersama kami nanti.

Deretan Sakura sekitar Seoul - antara yang tercantik pernah dilihat.






Sakura sekitar Gyeongbokgung palace





Sakura sekitar Seoul - menjadi tarikkan utama lawatan kali ini.







Seoul Towel - Namsan Towel - puncak tertinggi sekitar Seoul.




Peserta kali ini berpeluang membuat kraftangan tradisi rakyat Korea di Korean Culture Centre. masing masing tekun melukis mengikut kreativiti.



Masing-masing bertungkus lumus buat yang terbaik untuk pemarkahan.







Hasil kerja saya - diakui oleh sifu bertugas Mr Jake.




Friday, April 9, 2010

PERTH AUSTRALIA - ANTARA TERBAIK


Lawatan incentive saya bersama kumpulan Prestariang kali ini amat berbeza. Peluang dan kepercayaan yang pihak Prestariang berikan saya guna sebaik mungkin. Bukan senang untuk menjadi Pemandu Pelancong di negara yang tidak pernah saya lawati.


Misi saya bersama Apple Muslim Holiday Kali ini amat berbeza dan sungguh mencabar. membawa peserta lawatan insentif ke destinasi yang pertama kali saya lawati menjadikan pengalaman tidak ternilai digambarkan. Tambahan pula ahli lawatan kami kali ini adalah dikalangan mereka yang profesional serta pernah menggunakan perkhidmatan kami Apple Muslim Holiday sebelumnya.


Dalam perjalanan kami disambut oleh Mr Duck pemandu bas berpengalaman serta agak berumur namun sungguh profesional. Bertugas lebih dari 20 tahun menjadikan kerja kami sangat sempurna. Cuaca di Perth berbeza dengan hemisfera selatan menjadikan April Musim Luruh.

Apa menariknya Perth ? tanda tanya pertama dibenak menandangkan saya langsung tidak terlintas akan kesini. Peserta lawatan kali ini bukan sahaja banyak memberikan kerjasama terbaik sepanjang lawatan namun organisasi pertama yang saya rasakan amat berdisiplin serta dalam masa yang sama menyeronokkan.

Hampir semua ahli lawatan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang kami lalui di Perth kali ini.

Makanan tidak menjadi masalah di Perth - dengan Apple Muslim Holiday - kami senantiasa menyediakan hanya yang terbaik. Jika anda kesini tidak perlu gusar atau kuatir tentang makanan - mungkin ada yang akan merasakan anda sebenarnya tidak berada di negara Orang Putih nanti. Makanan Melayu terlalu banyak.




Mandurah Cruise - sambil memerhatikan kawasan elit terkemuka sepanjang Mandurah Canal, anda berpeluang melihat ikan lumba-lumba mengamit kehadiran kita nanti.

Fremantle - sungguh menarik - Bandar lama namun bernafas baru - kombinasi bangunan sejarahnya yang amat bernilai serta keramahan penduduknya menjadikan bandar ini terkenal dikalangan pelancong. Bandar pelabuhan terbaik pernah saya lawati. Fremantle Market - antara paling penting dilawati - Pelbagai bahan menarik untuk dibawa pulang - dengan syarat - ongkosnya lebat.

Pertunjukkan jalanan bagi yang mempunyai bakat - namum ianya di iktiraf disini. Berbanding dengan seniman jalanan lain di Fremantle mereka mempunyai peminat tersendiri.


Masjid Perth - menjadi keutamaan bagi pelancong Muslim untuk menjalankan ibadat walaupun dalam keadaan musafir. Berseronok bukan bermakna kami mengabaikan perintah Ilahi. Inilah yang amat saya kagum dengan peserta insentif kali ini.
Pusat factory outlet terkemuka Perth sekitar Swan Valley. Antara bahan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Produk keluaran hasil dari minyak Lavender dan Chocolate Factory menjadi antara yang menarik dikunjungi. Dapat rasa chocolat free.

Jangan kata anda ke Australia jika tidak menyentuh Kangaroo dan Koala. Antara pengalaman menarik bersama Apple Muslim Holiday ke Perth Australia




Inilah peluang untuk melihat pohonya - Apple with you around the world - bukan hanya Apple sahaja buahan lain juga dapat dilihat dimusim ini.

Buah Apple Hijau - walau masak sekalipun ianya tetap bewarna hijau.

Buah Peach dan Plum. Inilah musimnya


Apa pun lawatan kali ini merupakan pengalaman terbaik pernah saya alami. Peserta lawatanya juga amat sporting dan memberikan kerjasama terbaik sepanjang lawatan kami.